Proses selenggara 17 sekolah daif capai 90 peratus

SEBERANG PERAI – Proses penyelenggaraan 17 buah sekolah kategori daif di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak kini sudah mencapai 90 peratus.

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sekolah yang terlibat adalah sekolah yang sudah dibangunkan namun ketika ini sedang berdepan beberapa isu termasuk kerosakan dari segi struktur bangunan yang usang dan lain-lain penyelenggaraan.

“Sekolah terlibat dah dibangunkan tapi ada isu-isu lain yang timbul sebagai contoh kekurangan pekerja, kerosakan struktur bangunan yang menyebabkan ia tertangguh dan terlewat.

“Jadi, kita sedang lihat dan nak pastikan 17 (sekolah) ini disegerakan mengikut tempoh masa supaya kita boleh indahkan status itu daripada sakit kepada ditender semula. Maknanya (proses) akan bergerak mengikut (tempoh) yang sepatutnya dan dapat disiapkan dengan segera,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Terdahulu, beliau yang merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal mengadakan program lawatan kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Keledang Jaya, Changkat, dekat sini hari ini.

Katanya, KPM mengumumkan peruntukan sebanyak RM550,000 di dua buah sekolah di Nibong Tebal iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh dan SK Keledang Jaya. –  KSOMO! ONLINE

The post Proses selenggara 17 sekolah daif capai 90 peratus appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*