Puluhan Pelajar Sekolah Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Selepas Didakwa Main “Ouija Board”

main ouija board

Puluhan Pelajar Sekolah Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Selepas Didakwa Main “Ouija Board”

Puluhan pelajar perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana pengsan selepas bermain papan Ouija di sebuah sekolah di Colombia.

Memetik Daily Mail, para pelajar tersebut telah dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri akibat ‘anxiety’ selepas bermain dengan papan memuja roh itu.

Pengarah sekolah dan guru yang prihatin telah membawa kesemua pelajar yang terlibat ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.

Seorang ibu kepada salah seorang mangsa yang bekerja di hospital menggesa ibu bapa untuk bertindak dan menyiasat punca kepada kejadian yang menimpa di sekolah tersebut.

Hugo Torres, ketua Institusi Pendidikan Galeras di Pasto, selatan Colombia berkata: “Terdapat 28 kemungkinan kes akibat ‘anxiety’ di kalangan pelajar sekolah.

“Berdasarkan kes yang dilaporkan, beberapa siri kenyataan telah dikeluarkan kepada orang awam mengenai kejadian itu. Ini telah membawa kepada kekeliruan dan persekitaran yang tidak baik untuk kerja kami,” kata Hugo Torres mengulas berkenaan kejadian itu.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Menurutnya, para pelajar yang terkesan telah dirujuk ke hospital perbandaran tempatan mengikut protokol yang ditetapkan. Malah pengarah dan guru sekolah tersebut turut mengiringi pelajar semasa proses penilaian.

“Ibu bapa dan penjaga masing-masing telah dimaklumkan tentang keadaan pada masa itu,” tambah Hugo lagi.

Hugo juga menegaskan bahawa dua pelajar pertama yang dimasukkan ke hospital mempunyai masalah kesihatan.

“Pihak sekolah masih lagi menunggu keputusan diagnosis perubatan untuk memberikan maklumat lanjut yang boleh dipercayai.

“Institut pendidikan juga dengan penuh hormat meminta orang awam untuk mengelak daripada membuat andaian awal dan diagnosis mereka sendiri,” tegas Hugo lagi.

Kenyataan itu dibuat selepas ramai ibu bapa percaya bahawa anak-anak mereka telah menggunakan papan Ouija di dalam kelas di sekolah tersebut.

Main Ouija board

Seorang wanita yang bekerja di hospital memberitahu bahawa setiap hari dia telah melihat seramai tiga atau empat pelajar pengsan secara tiba-tiba.

“Ibu bapa, anda perlu bertindak pantas dan siasat apa yang berlaku di sekolah. Kerana anak-anak kita tidak boleh meneruskan keadaan ini.

“Anak-anak kami sentiasa bersarapan dengan baik dan tidak boleh dikatakan mereka pengsan kerana kekurangan makanan,” kata wanita itu.

Sehingga kini masih tidak jelas bila pihak sekolah akan memberikan maklumat terkini tentang diagnosis perubatan pelajar yang terlibat.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan masih belum mengesahkan sama ada siasatan polis sedang dijalankan atau belum.

Sumber: Daily Mail

The post Puluhan Pelajar Sekolah Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Selepas Didakwa Main “Ouija Board” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*