Punca Prestasi Liverpool Merosot

punca liverpool merosot

Punca Prestasi Liverpool Merosot

Dunia bagaikan berhenti bergerak seketika untuk Liverpool sepanjang tahun 2023 ini. Hal ini kerana, Liverpool masih gagal mencatatkan kemenangan dalm saingan Liga Inggeris.

Liverpool yang mempamerkan prestasi luar biasa dalam 2 hingga 3 tahun sebelum ini, bagaikan hilang punca.

Terbaru, Liverpool dibelasah Wolverhampton Wanderers dengan keputusan 3-0. Selepas ini, Liverpool bakal bertemu jiran tetangga mereka iaitu Everton yang baru sahaja menewaskan pendahulu liga, Arsenal.

Apa sebenarnya masalah yang membelenggu Liverpool ketika ini sehinggakan kelab-kelab kelas pertengahan dengan mudah mengaibkan The Reds?

Cakap-cakap pemerhati bola sepak merumuskan antara salah satu sebab adalah merosotnya prestasi Fabinho sebagai pertahanan tengah.

Watak Fabinho sejak tiba di Anfield adalah sebagai penghalang jentera serangan lawan sebelum sampai ke bahagian pertahanan terakhir Liverpool.

Ramai berpendapat Fabinho sudah tidak mampu menjadi penghalang dan me’neutral’kan serangan lawan.

Punca Lain Prestasi Liverpool Merosot

Antara sebab lain adalah kehilangan beberapa tonggak utama yang menjadi rancangan utama Jurgen Klopp untuk musim ini. Nama-nama seperti Diogo Jota, Luiz Dias, Van Dijk dan Firmino semuanya berada dalam senarai kecederaan jangka masa panjang.

Klopp seharusnya menjadikan perlawanan Merseyside Derby ini sebagai permulaan kebangkitan Liverpool untuk menyelamatkan kedudukan mereka yang kini berapa di tangga ke-10 liga.

Satu perubahan drastik dari segi teknikal dan taktikal harus dibuat memandangkan Klopp tidak mahu menambah pemain dalam jendela perpindahan Januari lepas.

Dengan pembelian Nunez dan Gakpo Liverpool seharusnya sudah boleh melupakan kehilangan Mane yang berpindah ke Bayern.

Terkini, Arsenal sedang mendahului carta liga dengan mengumpul 50 mata. Manchester City dikedudukan kedua dengan 45 mata dan diikuti United dengan 42 mata.

BACA: Kematian Di Turkiye & Syria Dijangka Meningkat 8 Kali Ganda

Liverpool hanya mengumpul 29 mata dari 20 perlawanan. Liverpool juga telah mencatatkan tujuh kekalahan pada musim ini dan masih gagal merekodkan kemenangan untuk saingan liga dalam tahun 2023.

Ini menjadikan prestasi terburuk Liverpool sejak 2 hingga 3 tahun yang lepas. Bersama Jurgen Klopp Liverpool berjaya menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan liga, juara UEFA Champions League, juara Piala Dunia Kelab dan beberapa lagi gelaran yang lain

Sumber: The Athletic

The post Punca Prestasi Liverpool Merosot appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*