Pura-pura mati elak bayar hutang

ACEH: Seorang wanita sanggup berpura-pura meninggal dunia demi mengelak membayar hutang sebanyak 4.2 juta rupiah (RM1,184).   

Liza Dewi Pramita meminta anak lelakinya memuat naik gambarnya dibungkus kain kafan dalam Facebook dengan harapan pemiutang, Maya Gunawan tidak menuntut hutang tersebut. 

Liza sepatutnya melangsaikan hutang tersebut sebelum 20 November lalu, namun gagal membayarnya dengan memberi alasan mengalami masalah kewangan serta sering meminta tempoh pembayaran semula. 

Selepas berminggu-minggu, wanita itu kemudian tidak menjawab sebarang mesej sebelum berita mengenai kematiannya pula tersebar. 

Terkejut dengan perkhabaran itu, Maya kemudian berusaha mendapatkan maklumat mengenai kematian Liza yang dikatakan meninggal dunia secara tiba-tiba. 

Anak liza memaklumkan mengenai kematian ibunya akibat kemalangan ketika melalui jambatan di sebatang sungai dan jenazah dikebumikan jauh dari kediaman mereka. 

Akibat tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Maya berusaha menyiasat beberapa gambar yang dimuat naik dalam Facebook. 

Penipuan tersebut akhirnya terbongkar dan Liza kini menjadi ‘jenazah’ paling popular di Indonesia selepas kisahnya tular.-AGENSI  

The post Pura-pura mati elak bayar hutang appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*