Puteri Sarah minta cerai daripada Syamsul Yusof

PETALING JAYA – “Lepaskan saya kerana saya tak rela dimadu.”

Demikian permintaan pelakon yang juga isteri pertama Syamsul Yusof, Puteri Sarah yang akhirnya meminta cerai daripada suaminya itu.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, tiada perbincangan antaranya dengan Syamsul disebabkan dirinya disekat daripada menghubungi suaminya hingga sekarang.

“Kepada Mohd. Shamsul, oleh kerana awak ‘block’ saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu.

“Awak seorang suami yang narsisistik (terlalu berbangga diri). Kami (anak beranak) layak mendapat yang lebih baik,” katanya menerusi satu entri terbaharu dalam Instagram.

Hari ini, Syamsul menerusi Instagram mengharapkan kedua-dua isterinya bertenang dan banyakkan bersabar.

Jumaat lalu, Syamsul, 39, akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar.

Pengakuan tersebut dibuat Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya dan memaklumkan pernikahan yang berlangsung di Thailand berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi. – KOSMO! ONLINE

The post Puteri Sarah minta cerai daripada Syamsul Yusof appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*