Putin Mungkin Akan Ditahan Jika Lawat Afrika Selatan

Putin mungkin akan ditahan

Putin Mungkin Akan Ditahan Jika Lawat Afrika Selatan

JOHANNESBURG, 29 April (Bernama-Anadolu) — Presiden Rusia Vladimir Putin yang dijadual melawat Afrika Selatan pada Ogos mungkin akan ditahan jika beliau menjejakkan kaki di wilayah Cape Western, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan pemimpin wilayah itu.

“Putin secara konsisten dan ganas menghakis kebebasan rakyat Ukraine dan terhadap mereka di negaranya sendiri yang berani mengambil pendirian menentang tindakan kejamnya,” kata perdana menteri wilayah itu  Alan Winde dalam satu kenyataan pada. Khamis.

Bulan lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Putin yang dijangka menghadiri persidangan BRICS di wilayah Western Cape.

BRICS ialah negara blok ekonomi  yang merangkumi Rusia, Brazil, India, China dan Afrika Selatan.

Awal bulan ini, Presiden Cyril Ramaphosa berkata parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah memutuskan untuk menarik diri daripada ICC.

Namun, pejabatnya serta-merta menarik balik kenyataan itu dengan mengatakan ia merupakan kesilapan komunikasi dan Afrika Selatan akan kekal sebagai penandatangan Statut Rom.

“Walaupun ada waran tangkap, kerajaan nampaknya mahu meneruskan dan menjadi tuan rumah kepada Presiden Putin pada sidang kemuncak BRICS di Afrika Selatan yang dijadualkan pada akhir tahun ini. Ini tidak boleh diterima dan menyedihkan,” kata Winde.

Beliau berkata jika Putin datang ke Western Cape, pegawai Pelan Penguatkuasaan Undang-undang (LEAP) yang dibiayai kerajaan Western Cape sendiri, akan menahannya.

“Jika Perkhidmatan Polis Afrika Selatan tidak diarahkan untuk bertindak, kami akan melakukannya,” katanya.

Winde berkata wilayahnya, termasuk bandar pelancongan Cape Town, bukan sahaja akan memperjuangkan hak asasi dan kebebasan rakyat Afrika Selatan, bahkan bersedia untuk menunjukkan solidariti dengan Ukraine dengan mengambil pendirian menentang kekerasan Rusia ke atas orang awamnya.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

The post Putin Mungkin Akan Ditahan Jika Lawat Afrika Selatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*