Qasrina Karim sedih, bentuk dahi besar jadi bahan ‘body shaming’ netizen

Selepas dua tahun terjun ke industri hiburan, pelakon baharu, Qasrina Karim meluahkan rasa sedih apabila dia menjadi salah seorang mangsa ‘body shaming’ oleh netizen di laman sosial.

Menerusi laporan Harian Metro, Qasrina memaklumkan sepanjang dia melibatkan diri dalam dunia lakonan, dia tidak pernah menerima sebarang komen negatif mengenai lakonannya namun, menerima banyak kecaman berkaitan penampilannya.

“Ada yang menulis komen negatif mengenai bentuk dahi saya yang besar. Itu menjadi sasaran netizen untuk menulis komen berbaur ‘body shaming’ sebegitu,” katanya.

Ujarnya, kritikan yang diterimanya itu benar-benar menyakitkan hati dan dia perlu terus bersemangat untuk meneruskan perjuangannya sebagai penggiat seni.

Tambah pelakon yang berusia 26 tahun itu lagi, dia mendedahkan ada pihak yang sengaja memuat naik gambarnya di laman Twitter untuk menjadikan dirinya mangsa ‘body shaming’ oleh netizen yang lain.

“Ketika pertama kali membaca komen-komen begitu, saya memang sedih sebab saya tak ada buat salah pun. Orang ambil gambar dari media sosial saya, kemudian muat naik ke Twitter dan membuka ruang untuk netizen menulis komen.

“Mereka (netizen) ini berada di sebalik papan kekunci, jadi mereka tulis dan cakap bukan-bukan. Sedih bagaimana sekalipun, saya tetap teruskan kerja-kerja saya,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, sudah menjadi asam garam yang harus ditempuhi oleh penggiat seni yang sentiasa mendapat kritikan daripada netizen dan dia harus kuat untuk menempuh cabaran tersebut.

BACA: Sudah 10 tahun Kahwin, Ashanty Kata Anang Minta Hubungan Intim Setiap hari..?

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*