Rafael Nadal akui sukar pertahan gelaran

MELBOURNE – Juara bertahan yang juga pilihan utama, Rafael Nadal mengakui sukar untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia pada edisi kali ini dengan menyatakan bintang Serbia, Novak Djokovic sebagai pencabar No. 1 yang perlu diberi perhatian.

Sebagai rekod, Nadal gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan pada kempen pramusim selepas tewas kepada ja­guh Britain, Cameron Norrie dan wakil Australia, Alex de Mi­naur pada Kejohanan Piala United awal bulan ini.

Menurut Nadal, apa yang sudah berlaku wajar dilupakan dengan tumpuan kini terarah kepada perlawanan pembuka tirai menentang pemain muda Bri­tain, Jack Draper hari ini.

“Saya telah diundi menentang lawan yang sukar kerana Draper telah menunjukkan peningkatan mendadak sejak beberapa bulan lalu, namun saya fokus untuk harungi aksi tersebut dan mahu melangkah ke pusingan sete­rusnya.

“Harus diakui momentum saya menuju ke Terbuka Australia tidak begitu positif selepas tewas pada dua perlawanan saingan Piala United yang lepas. Cuma, saya enggan terlalu memikirkan situasi tersebut dan apa yang lebih penting adalah pandang ke depan dan memberikan aksi terbaik,” katanya.

Mengulas mengenai pencabar utama, pemain kelahiran Sepanyol berusia 38 tahun itu tetap menilai Djokovic sebagai calon pilihan memandangkan status­nya selaku juara Terbuka Australia sebanyak sembilan kali sebelum ini.

“Persiapan yang dilakukan oleh Djokovic lebih rapi. Jika ada yang bertanya siapa pi­lihan utama sebelum kejohanan bermula, sudah tentu saya katakan Djokovic kerana dia adalah pemain No. 1 meskipun status saya adalah juara bertahan,” katanya. – AGENSI

The post Rafael Nadal akui sukar pertahan gelaran appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*