Rakyat Malaysia Di Sudan Selamat, Wisma Putra Pantau Rapat Situasi Di Khartoum

Malaysia Khartoum

Rakyat Malaysia Di Sudan Selamat, Wisma Putra Pantau Rapat Situasi Di Khartoum

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) — Kementerian Luar memantau rapat situasi di Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara itu.

Menurut kenyataan kementerian, Kedutaan Malaysia di Khartoum mengesahkan bahawa di beberapa kawasan tertentu di bandar raya itu telah dilanda kekacauan berikutan perkembangan itu .

Semua 29 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di Sudan, kebanyakannya pelajar disahkan selamat.

“Kedutaan sedang berhubung rapat dengan mereka dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” katanya.

BACA JUGA: 34 Roket Dilancarkan Dari Lubnan Ke Israel

Kementerian juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bercadang ke Sudan untuk menangguhkan perjalanan sehingga keadaan stabil.

Kedutaan Malaysia yang kini beroperasi sementara dari kediaman Duta Malaysia ke Sudan boleh dihubungi di talian: +249 90 075 3633, +249 18 328 6379 atau e-mel: mwkhartoum@kln.gov.my.

Bilik Gerakan Wisma Putra juga boleh dihubungi di talian: +603-8887 4570, +603-8887 4770 dan +603-8887 4445.

Sumber: BERNAMA

The post Rakyat Malaysia Di Sudan Selamat, Wisma Putra Pantau Rapat Situasi Di Khartoum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*