Rakyat Vietnam Paling Ramai Bekerja Di Jepun

Pekerja Vietnam Di Jepun

TOKYO, 30 Jan (Bernama) — Rakyat Vietnam mewakili kumpulan terbesar pekerja asing yang bekerja di Jepun yang menyumbang 25.4 peratus daripada jumlah 1.82 juta pekerja asing setakat akhir Oktober tahun lalu, menurut Kementerian Kebajikan, Buruh dan Kesihatan Jepun.

Berdasarkan data yang dikeluarkan minggu lalu, sebanyak 1,822,725 juta pekerja asing bekerja di Jepun setakat akhir Oktober 2022 meningkat 5.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Baca: Gempa Bumi Kuat Landa Pakistan

Daripada jumlah populasi pekerja asing sebanyak 462,384 terdiri rakyat Vietnam, 385,848 (China) dan 206,050 (Filipina) yang menjadikan mereka tiga komuniti terbesar.

Data itu turut merekodkan bahawa lebih banyak tempat kerja mengupah pekerja asing menyaksikan peningkatan sebanyak 4.8 peratus.

Tokyo mempunyai pekerja asing paling ramai iaitu 500,089 orang diikuti wilayah Aichi (188,691)  dan wilayah Osaka (124,570) .

The post Rakyat Vietnam Paling Ramai Bekerja Di Jepun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*