Bandar New York Jadi Saksi, Umat Islam Tunai Solat Tarawih Di Times Square 

Solat Tarawih Times Square

Bandar New York Jadi Saksi, Umat Islam Tunai Solat Tarawih Di Times Square 

Seperti yang diketahui, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa sepanjang bulan suci ini. Tambahan lagi, umat Islam pada bulan ini berlumba-lumba untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.

Hal ini kerana pelbagai ganjaran dan peristiwa yang berlaku dalam Ramadan seperti turunnya kalam Allah dan malam Lailatul Qadar.

Istimewanya bulan ini, adalah orang ramai dapat menunaikan solat Tarawih. Solat ini hanya dilakukan oleh kaum muslimin dan muslimat sewaktu menyambut bulan yang mulia ini.

Oleh itu, kita dapat menyaksikan kebanyakan masjid dan surau-surau dipenuhi para jemaah yang hadir. Dalam masa yang sama ia dapat mengeratkan silaturahim antara saudara Islam.

Bagaimanapun, sebuah video yang dimuat naik oleh @haseebkarim di platform TikTok baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.

Dalam klip rakaman itu mendedahkan umat Islam di Bandaraya New York, Amerika Syarikat sedang menunaikan solat Tarawih. Menariknya, ia dilakukan di kawasan terbuka (perkarangan) bandar tersebut.

Solat Tarawih Times Square

@haseebkarim

Taraweeh at Times Square Masha’Allah #taraweeh #ramadan #muslim #nyc

♬ original sound – haseeb

Difahamkan, klip berdurasi seminit 17 saat itu dirakam di Times Square, New York. Walaupun dikelilingi pelbagai bangunan pencakar langit dan paparan skrin gergasi namun ia tidak menghalang mereka menunaikan solat secara berjemaah.

Orang ramai dari pelbagai bangsa yang dipercayai melalui kawasan tersebut mendirikan solat sunat itu. Kaum muslimat juga tidak terlepas untuk turut menunaikan solat secara berjemaah di saf belakang.

BACA JUGA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Para jemaah dilihat tenang menunaikan ibadah itu walaupun dikelilingi orang ramai yang lalu-lalang di bahagian tepi laluan pejalan kaki. Tambahan lagi, alunan ayat suci Al-Quran juga jelas dilontarkan oleh Imam.

Dalam pada itu, sesetengah pengguna media sosial berasa kagum dengan umat islam yang mendirikan solat itu di tengah-tengah bandar.

Sebahagian mereka menyifatkan umat Islam di bumi Amerika itu hebat walaupun berada dalam kesibukan bandar masih mampu mendekatkan diri kepada Pencipta.

Setakat ini, video yang dikongsikan telah mendapat lebih 2.7 juta tontonan dan lebih 410,000 tanda ‘Suka’ serta lebih 8,000 komen pengguna.

Sumber: TikTok @haseebkarim

The post Bandar New York Jadi Saksi, Umat Islam Tunai Solat Tarawih Di Times Square  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*