Ramai Masih Tak Tahu, Ini Beza Kalendar Hijri Dengan Kalendar Masihi

beza kalendar hijri masihi

Ramai Masih Tak Tahu, Ini Beza Kalendar Hijri Dengan Kalendar Masihi

Kalendar merupakan sebuah alat yang digunakan oleh umat manusia untuk menentukan tarikh dan membilang hari yang telah serta akan dilalui dalam setahun.

Di Malaysia, kita biasanya menentukan tarikh berpandukan dua jenis kalendar utama iaitu kalendar Hijri dan kalendar Masihi.

Takwim Hijri merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari-hari kebesaran dalam agama tersebut.

Kalendar ini disusun berdasarkan peredaran bulan mengelilingi Bumi dan mengandungi kira-kira 354 hari setahun.

Apa yang anda perlu tahu tentang beza antara kalendar Hijri dengan Masihi

Menurut portal Time And Date, takwim Masihi pula melalui beberapa fasa perubahan iaitu bermula daripada kalendar sistem Rom, kalendar sistem Julian dan kalendar sistem Gregorian.

Berbeza dengan kalendar Hijri, kalendar Masihi disusun berdasarkan peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Bilangan hari dalam kalendar ini juga berbeza iaitu mengandungi sebanyak 364/365 hari setahun.

Dalam urusan rasmi kebanyakan negara, termasuk di negara kita, kalendar Masihi akan menjadi rujukan utama.

Bagaimanapun, pasti masih ramai yang belum faham atau belum tahu mengenai takwim hijrah. Bagaimana ia dikira dan adakah ia berbeza dengan takwim masihi? Justeru, kali ini SK akan berkongsi kepada anda tentang perbezaan antara takwim hijrah dan takwim masihi.

Perbezaan antara Takwim Hijri dan Takwim Masihi

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM di Facebook, Takwim Hijri adalah takwim rasmi bagi umat Islam. 

Di samping itu, ia merupakan satu sistem qamariah tulen berpandukan peredaran bulan mengelilingi bumi dan cara pengiraannya bermula daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi.

Seperti yang kita ketahui, setiap tahun kita mempunyai 365 hari dalam kalendar. Namun begitu, Takwim Hijri mempunyai 354/355 hari setahun, malah setiap bulan mempunyai 29@30hari.

Manakala, Takwim Masihi menggunakan sistem kalendar berpandukan Matahari. Manusia dipercayai mula menggunakan Takwim Gregorian ini bermula pada tahun 1582 Masihi.

Sementara itu, Takwim Gregorian yang paling umum digunakan di dunia, mengandungi 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari pada tahun lompat.

Setahun merupakan tempoh masa yang diukur dalam jumlah hari mengikut kitaran Matahari. Satu tahun biasanya dikira sebagai 365 hari, tetapi terdapat juga tahun yang merupakan tahun biasa yang terdiri daripada 366 hari.

Tahun yang mempunyai 366 hari dikenali sebagai tahun lompat dan berlaku sekali setiap empat tahun. Jadi, setiap bulan mempunyai 30@31 hari hanya bulan Februari mempunyai 28@29 hari.

BACA: Ketahui Apa Itu “Embalming”, Proses Terhadap Jenazah Untuk Dibawa Pulang Dari Luar Negara 

The post Ramai Masih Tak Tahu, Ini Beza Kalendar Hijri Dengan Kalendar Masihi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*