Ramai Mengadu “Sticker” Cukai Jalan Mudah Koyak, Anthony Loke Janji Perubahan Besar Tahun Ini

Ramai Mengadu “Sticker” Cukai Jalan Mudah Koyak, Anthony Loke Janji Perubahan Besar Tahun Ini

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengadakan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendengar taklimat berkenaan perancangan badan tersebut bagi tahun 2023.

Menurut Anthony, JPJ telah meletakkan pelaksanaan platform digital terhadap perkhidmatan asas kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu sebagai matlammat utama buat tahun ini.

“Antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalanraya.”

Selain itu, Anthony turut maklum mengenai aduan pengguna jalan raya mengenai kualiti pelekat cukai jalan yang agak kurang memuaskan serta meletakkan perkara tersebut dalam perancangan kementerian tersebut buat tahun ini.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.”

Anthony turut berkata bahawa sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan sistematik dan beliau akan membuat pengumuman apabila persediaan tersebut selesai sepenuhnya.

“Agenda utama kita ialah mempermudahkan urusan rakyat dan saya tidak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat yang menyusahkan mereka,” jelas beliau lagi dalam kenyataan di hantaran Facebook.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini membuat pemeriksaan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas menerima rungutan orang awam berkenaan ketidakselesaan di ruang menunggu.

BACA: Kesan Beberapa Kelemahan Di Ruang Menunggu “E-Hailing”, Anthony Loke Buat “Spot Check” Di KLIA2 

Sumber: Anthony Loke via Facebook

The post Ramai Mengadu “Sticker” Cukai Jalan Mudah Koyak, Anthony Loke Janji Perubahan Besar Tahun Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*