Connect with us

Santai

Ramai puji keikhlasan wanita ini kongsi suami dating berdua dengan ‘madu’

Cuba sebut perkataan “poligami”, saya pasti ramai isteri seperti “panas” dan ada yang mulai mengamuk ketika mendengarnya. Malah, ramai orang merasakan bahawa mereka boleh hidup sendiri dan bukannya hidup untuk berkongsi kasih suami mereka dengan wanita lain.

Namun, tidak semua wanita berpendapat demikian, tetapi sebilangan mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu, sama seperti wanita ini.

Biar bermadu janji bahagia..


Menggunakan akaun bernama @siigitom, wanita itu tidak ragu-ragu untuk berkongsi video kehidupannya sebagai isteri kedua melalui aplikasi TikTok. “Dating” dengan madu.

Dalam video yang dikongsi, dia dilihat sangat bahagia dapat meluangkan masa bersama kakak madunya, isteri pertama. Bahkan, mereka berdua kelihatan begitu rapat sehingga mereka disangkakan seperti adik beradik sewaktu bergambar bersama.

Bila hati baik dan bersih, kongsi suami pun okay..

Melihat ke bahagian komen, rata-rata netizen menyatakan mereka gembira melihat perkongsian wanita itu. Sementara itu, mereka juga memuji wanita itu dan kakakn madunya kerana keikhlasan mereka dalam berkongsi kasih suami. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak mudah untuk hidup berkongsi suami ini.

Muka seiras, sedap mata memandang Semoga kekal hingga syurga.. Macam adik beradik, ‘sweet’ sangat.

Di samping itu, apabila melihat barang kemas yang dipakai oleh kedua wanita itu, netizen berpendapat bahawa ternyata suaminya mampu berpoligami.

Baguslah kalau begitu, bahagiakan kedua-dua isteri sama rata dan adil! Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.


Sumber: TikTok @siigitom

 


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags