Ramai Silap Faham, Rupanya Ada Beza Toilet, Bathroom, Restroom & Shower

Beza Toilet Bathroom Restroom & Shower

Ramai Silap Faham, Ramai Silap Faham, Rupanya Ada Beza Toilet, Bathroom, Restroom & Shower

Biasanya, kalau anda pergi ke tandas, apa yang anda akan katakan untuk merujuk kepada tandas itu sendiri sama ada ‘toilet, restroom atau washroom‘?

Tidak dinafikan kebanyakan orang akan merujuk tempat tersebut sebagai ‘toilet‘. Tetapi tahukah anda, rupa-rupanya perkataan ‘toilet‘ itu bukan merujuk kepada ‘tempat’ yang kita pergi sebaliknya tempat untuk kita membuang.

Anda perlu fahamkan konsep yang cuba disampaikan supaya anda dapat aplikasikan penggunaan bahasa yang betul. Bukan itu sahaja, dalam perkongsian ini anda juga akan didedahkan dengan maksud ‘bathroom‘ dalam konsep yang sebenar.

Justeru, ikuti perkongsian ini supaya anda dapat ilmu baharu dan sudah pasti jangan lupa kongsikan dengan rakan yang lain. Benda yang baik harus dikongsi bersama. Semoga bermanfaat!

Beza Toilet Bathroom Restroom & Shower
Gambar Hiasan | Kredit: Unsplash

Perkongsian daripada Izhan Zubir di laman Facebook telah meraih perhatian umum dengan tontonan sebanyak 331,000, 10,100 tanda suka, 1,600 komen dan 1,400 tanda kongsi (setakat artikel ditulis).

Hal ini kerana dalam video tersebut dia telah menjelaskan dengan cara mudah supaya penonton faham konsep toilet, restroom, washroom, bathroom dan shower dengan betul.

Menurut Izhan, perkataan ‘toilet‘ bukan menggambarkan keseluruhan tandas sebaliknya hanya merujuk kepada ‘jamban’ atau tempat kita membuang air kecil atau air besar. Ingat, hanya jamban, itu sahaja!

Manakala, sekiranya ruang tandas tersebut dilengkapi dengan singki dengan jamban, anda perlu bahasakan ia dengan sebutan ‘restroom’ atau ‘washroom‘.

Beralih kepada bathroom. Ruang tersebut hanya akan dipanggil bathroom jika dilengkapi dengan jamban, singki dan ‘shower’ atau ‘bath tub’ sahaja.

Tetapi perlu diingatkan juga jika bilik mandi anda mempunyai ‘shower‘ ia bukan dikatakan ‘bath‘. Perkataan ‘bath‘ hanya akan dirujuk sekiranya ruang mandi anda mempunyai ‘bathtub‘.

Jadi, selepas membaca artikel ini, diharapkan anda boleh memahami konsep sebenar dan perbezaan toilet, restroom, washroom atau bathroom.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet juga memberi komen yang positif dan menghiburkan berkenaan perkongsian tersebut. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan:

Beza Toilet Bathroom Restroom & Shower
Kredit: Izhan Zubir | Facebook

 

Sumber: Izhan Zubir | Facebook

The post Ramai Silap Faham, Rupanya Ada Beza Toilet, Bathroom, Restroom & Shower appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*