Paris: Juara dunia lima kali, Harrie Lavreysen, mengatasi Matthew Richardson dari Australia untuk memenangi pingat emas pecut individu lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 sekali berjaya mempertahankan gelarannya.
Bintang Belanda itu menunjukkan ketenangan dan kekuatan yang hebat untuk dengan mudah mencatat keputusan 2-0.
Jack Carlin dari Britain mengalahkan Jeffrey Hoogland dari Belanda dalam perlumbaan pingat gangsa.
Lavreysen mengukuhkan dirinya sebagai pelumba terpantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memenangi lima gelaran dunia berturut-turut antara 2019-2023.
Dia memecahkan rekod dunia dalam kelayakan dan kini dengan dua emas Olimpik berturut-turut mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang pelumba terhebat dalam trek sepanjang zaman.
Kemenangan ini menjadikannya hanya atlet berbasikal keempat yang mempertahankan gelaran pecut individu lelaki Olimpik sejak ia pertama kali dipertandingkan pada tahun 1896, selepas Daniel Morelon dari Perancis, Jens Fiedler dari Jerman, dan Jason Kenny dari Britain.
Ini adalah emas kedua Lavreysen dalam selepas membantu Belanda memenangi gelaran pecut berpasukan.