Rasa air berbeza ketika diminum, wanita temui sarang lipas dalam dispenser

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita terkejut apabila menemui sarang lipas di dalam dispenser air di rumahnya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @vevilavida.

Wanita itu mengambil air dari sebuah dispenser kerana haus. Menurutnya, rasa air itu sedikit berbeza daripada biasa.

“Tapi rasanya berbeza dengan air botol jenama yang sama,” katanya.

Wanita itu terkejut ketika dia memeriksa dispenser itu apabila mendapati ia menjadi sarang lipas.

Lipas-lipas itu merayap dan ada yang berada di dalam air. Dia kemudian membersihkannya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya yakin walau sudah menukar dispenser, rasa lipas masih terbayang,” kata seorang netizen.

“Lebih baik sesiapa yang mempunyai dispenser kerap periksa bahagian dalam. Kalau tidak ia menjadi sarang lipas,” kata netizen lain. – Agensi

BACA: Lelaki takut bini upah tukang baiki biar telefon rosak

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*