“Rasa Yang Bercampur-Campur,” Memasuki Tahun Baharu, Rafizi Luah Kerisauan Galas Tugas Besar 

“Rasa Yang Bercampur-Campur,” Memasuki Tahun Baharu, Rafizi Luah Kerisauan Galas Tugas Besar 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerima kehadiran 2023 dengan perasaan bercampur-baur serta berasa risau dengan tugas yang begitu besar kerana telah menggalas tanggungjawab yang besar untuk negara.

“Saya menerima kehadiran 2023 dengan rasa yang bercampur-campur: sedikit takut, risau dengan tugas yang begitu besar, kesal dengan masa yang pernah saya bazirkan,” katanya dalam ciapan pada 1 Januari 2023.

Beliau berkata demikian dalam ciapan di laman Twitter ketika mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia hari ini.

“Setiap kali saya masuk ke tahun baru, saya selalu lebih sedih dari gembira. “Harta” saya semakin berkurangan kerana masa semakin singkat.

“Saya mungkin ada wang yang lebih sekarang berbanding setahun yang lalu, tetapi saya tidak mengagihkan masa yang cukup untuk perbaiki hubungan saya dengan Allah, maka “harta” saya sebenarnya semakin kurang,” ujarnya.

Menurutnya, nilai harta itu bergantung kepada betapa mudah untuk menggantinya, dan sekiranya berasa lebih susah diganti maka lebih bernilai harta itu.

Beliau juga menerangkan mengenai konsep harta dalam kehidupan dari perspektif hidupnya dengan mengimbas kembali setiap detik yang dihabiskan pada tahun 2022.

Rafizi kemudiannya berkongsi beberapa ‘harta’ yang tidak boleh ditukar ganti di dalam hidupnya seperti ibu bapa, keluarga, sahabat sejati dan yang paling penting ialah masa.

“Kita tidak boleh mengganti ibu bapa kita. Setiap manusia hanya ada seorang ibu dan seorang bapa.

“Keluarga juga susah diganti (walaupun boleh ada adik beradik, isteri dan anak-anak yang ramai). Sahabat sejati yang bersama kita semasa susah (dan selalunya menjauhkan diri semasa senang) juga susah diganti,” tambahnya.

Kredit: Twitter

Tambah Rafizi, masa sememangnya tidak boleh diganti kerana masa yang berlalu tidak akan dapat dibeli atau diperolehi kembali walaupun di dunia ini dilabelkan sebagai orang paling kaya di dunia, ia tetap mustahil untuk kembali ke masa yang berlalu.

Rafizi berkata semua harta lain boleh ditukar ganti termasuk wang yang hilang, kuasa yang hilang dimana sekiranya diusahakan kedua-dua itu boleh dikembalikan.

Kredit: Twitter

Rafizi juga mengakui beliau tidak menguruskan masa dengan baik sehingga berat badannya telah naik kembali dan untuk menurunkannya pada 2023, ia memerlukan lebih banyak masa.

Katanya, masa itu sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara lain dan juga untuk orang lain.

“Doa saya supaya setiap dari kita menghargai masa kerana itulah harta kita yang paling berharga. Semoga 2023 ini dimanfaatkan dengan lebih baik kerana setiap saatnya tidak akan kembali. Selamat tahun baru 2023,” katanya mengakhiri bebenang di Twitter.

Sumber: Rafizi Ramli via Twitter

The post “Rasa Yang Bercampur-Campur,” Memasuki Tahun Baharu, Rafizi Luah Kerisauan Galas Tugas Besar  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*