Rasmi, Mesut Ozil Umum Bersara

mesut ozil bersara

Pemain bola sepak terkenal Jerman, Mesut Ozil secara rasminya mengumumkan pengundurannya daripada karier bola sepak.

Ozil dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk ‘menggantung but’ dibuat ekoran keadaan dirinya yang kerap dilanda kecederaan sejak beberapa bulan lalu.

“Saya telah menjadi pemain bola sepak profesional selama 17 tahun dan saya sangat bersyukur atas peluang yang diberi (untuk beraksi) selama ini.

“Namun sejak beberapa minggu dan bulan kebelakangan ini, (akibat) kerap dilanda kecederaan, ia menjadi petunjuk yang sangat-sangat jelas bahawa sudah tiba masanya untuk saya berundur daripada bola sepak,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ozil tidak dapat menahan sebaknya rentetan sudah cukup banyak kejayaan pernah dikecapi sepanjang kariernya bersama beberapa kelab disertainya.

“Saya mahu berterima kasih kepada kelab-kelab saya; Schalke 04, Werder Bremen, Real Madrid, Arsenal FC, Fenerbahce, Basaksehir dan semua jurulatih yang menyokong saya, serta rakan-rakan sepasukan yang pernah menjadi kawan saya.

“Terima kasih teristimewa juga dititipkan buat semua ahli keluarga saya dan sahabat rapat saya.

“Mereka adalah sebahagian daripada perjalanan panjang saya sejak hari pertama (dalam bola sepak) dan berikan saya sokongan serta kasih sayang sepanjang waktu susah dan senang,” tambahnya.

Tidak kurang juga, Ozil turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua peminatnya yang tegar memberi sokongan sepanjang 17 tahun berada dalam dunia bola sepak.

“Kini saya meneruskan kehidupan saya bersama-sama isteri tercinta yang cantik, Amine dan dua anak perempuan saya, Eda dan Ela.

“Tapi jangan risau, anda semua tetap akan bersama saya dari semasa ke semasa menerusi saluran media sosial saya.

“Jumpa lagi!” tambahnya, mengakhiri kenyataan.

Sumber: FB rasmi Mesut Ozil 

The post Rasmi, Mesut Ozil Umum Bersara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*