Ratusan Singa Laut Dilapor Mati Akibat Selesema Burung Di Peru

ratusan singa laut mati peru

Ratusan Singa Laut Dilapor Mati Akibat Selesema Burung Di Peru

Semakin membimbangkan, selesema burung H5N1 dilaporkan telah mengakibatkan ratusan singa laut mati di Peru baru-baru ini

LIMA —  Kerajaan Peru semalam memaklumkan bahawa 585 singa laut dan 55,000 burung disahkan mati akibat jangkitan virus selesema burung, H5N1 dalam beberapa minggu ini.

Memetik AFP, Agensi Perlindungan Kawasan Semula Jadi, Sernanp berkata, ratusan ekor singa laut telah ditemui di tujuh kawasan perlindungan marin. Manakala penemuan kematian burung pula berlaku di lapan kawasan pantai.

Dalam kenyataan tersebut, Sernanp memaklumkan antara burung yang dilaporkan mati ialah Burung Camar, Penguin dan termasuk Burung Pelikan.

Susulan itu, Protokol Kewaspadaan Biologi telah diumumkan selepas hasil ujian makmal mengesahkan penemuan virus berkenaan dalam bangkai singa laut.

Sementara itu, Perkhidmatan Hutan dan Hidupan Liar Negara (SERFOR) Peru menggesa orang ramai dan haiwan peliharaan mereka untuk tidak melakukan sebarang sentuhan dengan singa laut atau burung laut di pantai.

Menurut Agensi Kesihatan Pertanian, SENASA, penyakit itu berjangkit menerusi migrasi burung dari Amerika Utara.

Walaupun virus itu berpotensi membawa maut, namun ia jarang menjangkiti mamalia dan manusia.

Namun, baru-baru ini virus berkenaan telah dikesan terdapat pada musang dan memerang di Britain sementara kucing pula di Perancis dan beruang grizzly di Montana.

Kesemua mamalia itu dipercayai memakan burung yang telah dijangkiti H5N1.

BACA JUGA: Bot AI ChatGPT Dilapor Lulus Dalam Peperiksaan Pelesenan Perubatan Amerika Syarikat

Terdahulu, pihak berkuasa Peru telah menghapuskan lebih 37,000 spesies burung di ladang ayam ekoran penularan wabak itu pada Disember lalu.

Penghapusan haiwan yang dijangkiti itu merupakan sebahagian daripada protokol untuk mengawal wabak influenza burung.

Pada bulan November lalu, kerajaan itu turut mengisytiharkan amaran kesihatan selama 180 hari selepas mendapati tiga kes tertinggi virus itu telah menjangkiti Burung Pelikan.

Pada akhir tahun 2021, Eropah telah diserang oleh wabak selesema burung yang paling buruk termasuk di Amerika Utara.

Sementara itu, jumlah wabak selesema burung di Jepun juga mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 54 menjelang awal tahun ini, lapor The Japan Times.

Dianggarkan hampir 7.75 juta ekor burung telah dihapuskan bagi mengekang wabak berkenaan.

Sumber: AFP

The post Ratusan Singa Laut Dilapor Mati Akibat Selesema Burung Di Peru appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*