Rekaan Ala-ala Eropah, Afghanistan Lancar “Supercar” Pertama Buatan Anak Tempatan

Taliban Lancar Kereta Super Pertama Yang Dihasilkan Di Afghanistan

Afghanistan baru-baru ini melancarkan supercar pertama negaranya yang dibangunkan oleh anak tempatan. Tampil dengan rekaan agresif, Mada 9 merupakan hasil pembangunan selama lima tahun yang melibatkan 30 jurutera ENTOP dan Institut Teknikal & Vokasional Afghanistan (ATVI) di kabul.

Walau bagaimanapun, kereta berkenaan masih di peringkat prototaip dan tiada maklumat berkenaan spesifikasi serta prestasinya dikongsikan. Namun begitu, kereta berkenaan dilapor menggunakan enjin dari Toyota Corrola.

Mengambil kira Toyota Corrola bukanlahs sebuah supercar, Mada 9 mungkin tidak akan mampu bersaing dengan jenama-jenama supercar lain seperti yang dikeluarkan oleh Ferrari, Lamborghini dan sebagainya.

Ketuah ATVI, Ghulam Haidar Shahamat, walaupun hanya menggunakan enjin Toyota Corrola, namun dengan penalaan yang tepat, enjin tersebut mampu memberikan kelebihan kepada Mada 9.

Mereka juga merancang untuk memasang sistem rangkaian kuasa dijana tenaga elektrik pada kenderaan tersebut pada masa akan datang.

Setakat ini juga, tiada video yang menunjukkan kereta berkenaan diuji di atas jalan raya boleh ditemui dimana-mana platform media sosial.

Reaksi pemimpin Taliban atau penciptaan kereta super Mada 9

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam satu ciapan berkata, kehadiran kereta berkenaan yang dibangunkan secara tempatan merupakan satu kebanggaan bagi seluruh warga Afghanistan.

“Saya hendak berterima kasih dengan Jabatan Pengajian Vokasional. Di bawah usaha mereka, negara ini dibekalkan dengan perkhidmatan yang bernilai kepada masyarakat,” tulisnya di Twitter.

 

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ENTOP, Mohammad Riza Ahmadi memberitahu TOLO News, beliau berharap penciptaan kereta super ini mampu ‘menyampaikan nilai pengetahuan kepada orang ramai  dan meningkatkan imej Afghanistan ke pentas dunia’.

”Kereta ini memulakan perjalanan di Afghanistan, namun suatu hari nanti Mada 9 pasti akan menembusi pasaran antarabangsa,” kata Ahmadi.

Kredit: ENTOP

BACA: Putera Harry Dedah Bunuh 25 Orang Ketika Bertugas Di Afghanistan, Anggap Hanya Buah Catur

Sumber: Daily Mail

The post Rekaan Ala-ala Eropah, Afghanistan Lancar “Supercar” Pertama Buatan Anak Tempatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*