Remaja 19 tahun lahirkan kembar dari dua bapa berbeza selepas melakukan hubungan intim dengan mereka pada hari yang sama

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun melahirkan anak kembar dengan dua bapa berbeza selepas melakukan hubungan intim dengan kedua-dua lelaki berkenaan pada hari yang sama.

Remaja berkenaan yang enggan dikenali itu berasal dari sebuah bandar kecil di Goias, Portugis.

Difahamkan, si ibu mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA terhadap lelaki yang dipercayainya sebagai bapa kandung kepada anak kembar lelaki yang ketika itu berusia lapan bulan.

Tetapi, hasil ujian mendapati keputusan positif hanya untuk salah seorang anak kembarnya (A). Kemudian dia teringat yang dia pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki lain, lalu memanggil lelaki itu melakukan ujian DNA dan keputusannya adalah positif bagi anak kembarnya (B).

“Saya terkejut dengan keputusan ujian DNA. Saya tidak tahu bahawa perkara ini boleh berlaku dan wajah anak kembar saya juga sangat seiras,” katanya.

Bagaimanapun, sijil kelahiran hanya boleh didaftarkan ke atas nama seorang lelaki sebagai bapa kepada dua anak kembar itu, dengan ibunya.

“Dia (suami) menjaga kedua-duanya, dia banyak membantu saya dan memberi sokongan yang diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Doktor Tulio Jorge Franco yang membuat kajian terhadap kehamilan luar biasa berkata, kehamilan sedemikian berlaku apabila dua telur daripada ibu yang sama disenyawakan oleh lelaki yang berbeza. Bayi berkenaan berkongsi genetik ibunya tetapi membesar dalam plasenta berbeza.

“Kehamilannya adalah lancar tanpa sebarang komplikasi. Kedua-dua bayi lelaki itu dilahirkan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Ia sangat jarang berlaku. Ia berlaku sekali dalam sejuta. Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan melihat kes seperti ini dalam hidup saya,” katanya yang turut memaklumkan kembar itu kini berusia setahun empat bulan.

BACA: Video Wanita ‘Heret’ Lelaki Pulang Ketika Main Bola Tular

Sumber: Daily Star

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*