Remaja Jual Server Minecraft, Berjaya Beli Rumah Untuk Ibu

remaja minecraft rumah ibu

Remaja Jual Server Minecraft, Berjaya Beli Rumah Untuk Ibu

Seorang remaja berjaya menjadikan hobi bermain permainan Minecraft sebagai perniagaan sehingga mampu membelikan rumah buat ibunya, lapor Metro News UK.

Maksym Gavrylenko, 17, yang berasal dari Ukraine kini menetap dan bersekolah di Scotland selepas meninggalkan negaranya yang dilanda perang ketika ini.

Pada 2021, Maksym bersama dua kawannya membeli server Minecraft  pada harga £ 1,000 (RM5,757,10) sebelum membangunkan server berkenaan. Kini server tersebut mampu menghimpunkan pemain dari seluruh dunia untuk berhubung dan bermain bersama-sama.

Remaja jual server minecraft, berjaya beli rumah untuk ibu

Disebabkan saiz server berkenaan yang luar biasa, ramai pengiklan tertarik untuk menyertai server tersebut sekaligus berjaya meningkatkan nilai server berkenaan.

Namun begitu, baru-baru ini remaja berkenaan nekad untuk menjual server tersebut selepas mendapat tawaran lumayan daripada beberapa ahli perniagaan.

Difahamkan, Maksym tidak mendedahkan keuntungan yang diperoleh menerusi penjualan server berkenaan.

Walau bagaimanapun, berbekalkan keuntungan daripada perniagaan tersebut, Maksym berjaya membelikan sebuah rumah untuk ibunya.

Menurut Maksym, dia sangat berbangga kerana berjaya mengubah hobinya menjadi satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Dia juga berazam untuk menggunakan wang tersebut bagi menyara keluarga, terutama ibunya.

”Kerana perang, ibu saya terpaksa meninggal rumah dan tanah airnya. Jadi, rasa puas dan berbaloi apabila dapat menghadiahkan ibu saya sebuah rumah,” katanya.

Ketika ini, ibu Maksym tinggal bersama dengan rakan-rakannya di Portugal. Manakala, datuknya masih berada di Kyiv kerana tidak mahu meninggalkan negara tersebut. Kakaknya juga masih berada di Ukraine selepas teman lelakinya mendaftarkan diri bagi menjadi anggota tentera sukarela.

Memetik laporan Metro News UK lagi, Maksym merasakan apa yang ditempuhinya selama ini berbaloi, terutama selepas negara dan tempat tinggalnya musnah gara-gara perang.

“Saya tidak tahu apa berlaku pada masa depan, tetapi saya mempunyai minat dalam perniagaan setelah bekerja sebagai penterjemah sambilan dan penulis di Ukraine,” katanya lagi.

Maksym dalam pada itu turut berterima kasih kepada abangnya yang banyak membantu dia membangunkan server tersebut.

”Dengan bimbingan abang saya yang bekerja di dalam bidang teknologi, serta pihak sekolah, saya merasa teruja untuk menjadikan hobi saya kepada sesuatu yang lebih besar.”

BACA: SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A

Sumber: Metro UK

The post Remaja Jual Server Minecraft, Berjaya Beli Rumah Untuk Ibu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*