Remaja maut dibelasah bapa kekasih kerana sebar video lucah mereka berasmara

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) awal pagi Jumaat lalu akibat kecederaan parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam satu pagi.

Siasatan awal mendapati, mangsa telah dibelasah oleh dua individu dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat komersil di Jalan Tun Jugah.

Polis percaya mangsa dibelasah sehingga mengalami kecederaan parah kerana tindakannya merakam video lucah dirinya bersama kekasih yang juga merupakan anak kepada salah seorang suspek, sebelum menyebarkan video itu.

Bertindak di atas laporan itu, sepasukan anggota dari Cawangan Siasatan Jenayah D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menahan dua suspek terbabit berusia 43 dan 50 tahun.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan dua suspek terbabit direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Suami orang dicekup berkhalwat dengan wanita lain menyorok bawah tilam di hotel Kulim

Sumber: Berita Harian

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*