Connect with us

Global

Remaja OKU Ditemui Mati, Tak Mampu Urus Diri Selepas Ayah Dikuarantin Kerana Koronavirus

Published

on

Remaja OKU Ditemui Mati, Tak Mampu Urus Diri Selepas Ayah Dikuarantin Kerana Koronavirus 3

Seorang remaja OKU di China meninggal dunia selepas bapa serta abangnya dikuarantin kerana disyaki dijangkiti koronavirus.

Mayat Yan Cheng, 16, telah ditemui dirumahnya pada Rabu, seminggu selepas bapa dan abangnya dikuarantin.

Menurut BBC, remaja lelaki tersebut hanya diberi makan dua kali sehari sejak virus maut yang telah membunuh ratusan nyawa di China itu tular.

Kisah Yan Cheng telah mendapat liputan luas dan menjadi tular di media sosial. Susulan daripada insiden tersebut, Setiausaha parti Komunis dan Datuk Bandar Huajiahe dilaporkan telah dilucutkan jawatan.

Remaja OKU Ditemui Mati, Tak Mampu Urus Diri Selepas Ayah Dikuarantin Kerana Koronavirus 4

Seperti yang dilaporkan media tempatan, bapa kepada remaja tersebut telah memuat naik satu perkongsian di platform media sosial China iaitu Weibo untuk meminta pertolongan kepada orang ramai serta turut menjelaskan keadaan anaknya itu yang ditinggalkan sebatang kara tanpa makanan dan minuman.

Difahamkan, remaja tersebut menghidapi cerebral palsy dimana gejala ini biasanya timbul sebelum kanak-kanak itu berumur 2 tahun. Pesakit yang mengalami gejala ini biasanya akan mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta masalah deria penglihatan dan pendengaran. Dalam sesetengah kes, pesakit akan menjadi lumpuh sepenuhnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan bagi menyiasat kematian remaja tersebut.

Baca Juga: Ini doktor yang beri amaran awal, tapi dituduh sebar berita palsu

Sumber: BBC, KKM

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV

Please Like: Ceritakini

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Tags

Trending