Remaja Parah Ditikam Ketika Hadir Untuk Tonton Konsert K-pop

Remaja ditikam konsert K-pop

Remaja Parah Ditikam Ketika Hadir Untuk Tonton Konsert K-pop

Seorang remaja parah ditikam di O2 Arena London beberapa jam sebelum bermulanya konsert K-pop, lapor The Sun.

Polis dilaporkan telah bergegas ke lokasi kejadian di mana kumpulan K-pop lelaki Korea Selatan, ATEEZ bakal melangsungkan persembahan mereka. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 2.45 petang pada hari Rabu lalu.

Remaja itu ditemui dalam keadaan cedera di luar Cineworld sebelum dikejarkan ke hospital.

Tiga budak lelaki telah ditahan di tempat kejadian kerana disyaki menyebabkan kecederaan parah tersebut.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Pawagam dilaporkan masih ditutup namun konsert yang bakal berlangsung bakal diteruskan seperti yang dirancang. Kedai, bar dan restoran berhampiran lokasi kejadian juga dibuka seperti biasa.

Sementara itu, peminat muzik dan pengunjung digesa untuk lebih berhati-hati ketika melakukan perjalanan ke kawasan tersebut.

Jurucakap O2 Arena berkata: “Petang ini telah berlaku pertengkaran antara sekumpulan individu di Cineworld. Salah seorang daripada individu terbabit memerlukan rawatan perubatan daripada perkhidmatan kecemasan.

“Cineworld di O2 akan kekal ditutup sepanjang hari. Selebihnya O2, termasuk kedai beli belah, bar dan restoran serta kawasan tarikan akan dibuka seperti biasa,” kata jurucakap itu.

Tambahnya lagi, acara di arena pada malam tadi turut akan berjalan seperti yang dirancang awal.

Selain itu, perkhidmatan Ambulans London berkata: “Kami dipanggil hari ini (22 Februari) pada 2.44 petang untuk melaporkan kejadian di Peninsula Square Greenwich.

Kredit George Cracknell Wright

“Kami telah menghantar beberapa anggota ke tempat kejadian, termasuk seorang pegawai respon insiden, dua kru dan anggota unti tindak balas taktikal kami. Kami juga menghantar Ambuland Udara London,” tambah perkhidmatan Ambulans London tadi.

Pasukan itu juga memberitahu bahawa seorang remaja yang ditemui di tempat kejadian berada dalam keadaan cedera dengan kesan tikaman. Remaja itu telah dibawa ke pusat trauma utama untuk mendapatkan rawatan segera.

“Kami merawat seorang remaja di tempat kejadian dan kemudian membawanya ke pusat trauma utama sebagai keutamaan pasukan kami,” tambah perkhidmatan Ambulans London lagi memberikan laporan mereka berkenaan kejadian tersebut.

Sumber: THE SUN

The post Remaja Parah Ditikam Ketika Hadir Untuk Tonton Konsert K-pop appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*