Remaja perempuan pamer aksi berbahaya ditahan, teman lelaki jadi pembonceng

Tindakan berani seorang remaja perempuan yang baru mendapat lesen L dengan melakukan aksi berbahaya di jalan raya mengundang padah apabila dia ditahan dalam operasi samseng jalanan di sini pada petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, remaja berusia 19 tahun terbabit didapati menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sambil dibonceng teman lelaki berusia 16 tahun yang baru dikenali sebulan lalu.

Remaja perempuan itu dikesan melakukan aksi zig zag, memasuki laluan bertentangan dan menunggang dengan laju.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pasangan remaja tersebut ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas diekori sejauh 14 kilometer.

“Remaja terbabit dan teman lelakinya yang berasal dari Kulim dekat sini dikesan menjadikan jalan raya di Jalan Merbau Kudung sebagai lokasi merempit.

“Mereka cuba meloloskan diri apabila mengesan kehadiran polis sebelum berjaya ditahan di Jalan Kampung Sik Dalam di sini,” katanya di sini hari ini.

Jelas Abdul Razak, mereka kemudian dibawa ke IPD Sik untuk tindakan lanjut bersama motosikal berkenaan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA: Remaja 19 tahun diumpan makan sate, sebelum dirogol 3 lelaki secara bergilir-gilir

– KOSMO! ONLINE

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*