Connect with us

Global

Remaja Pukul Abang Dengan Kayu Sampai Mati Demi Selamatkan Ibunya

Demi untuk melindungi keselamatan ibunya, seorang remaja lelaki sanggup memukul abang kandungnya hingga mati dengan sebatang kayu di Desa Peniaran, Tapanuli Utara, Sumatera.

Jurucakap polis mengatakan, siasatan awal mendapati bahawa mangsa yang berusia 34 tahun datang ke rumah ibunya dalam keadaan marah tanpa sebab dan terus mencekik leher ibunya.

Secara kebetulan, suspek yang berada di rumah itu cuba meleraikan ketegangan itu dengan bantuan seorang abangnya yang lain. Namun keadaan jadi lebih tegang, apabila mangsa mengeluarkan gunting dengan niat untuk menikam ibunya.


Namun, ibunya sempat dibawa lari oleh ahli keluarga yang lain dan mangsa cuba mengejar. Berang dengan mangsa, suspek menyerang mangsa dan memukulnya hingga mati dengan sebatang kayu.

Selepas kejadian itu, suspek menyerah diri di balai polis berhampiran. Dia pasrah dan bersyukur kerana ibunya selamat.


Sumber: Tribunews


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags