Remaja Reka Cerita Diculik, Minta Wang Tebusan RM100,000 Dari Keluarga Ditahan

remaja reka cerita diculik

Remaja Reka Cerita Diculik, Minta Wang Tebusan RM100,000 Dari Keluarga Ditahan

Seorang remaja perempuan nekad mereka cerita kononnya diculik dan meminta wang terbusan RM100,000 kerana didakwa sering dikongkong oleh ahli keluarga dan tidak mendapat kebebasan.

Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada Khamis lalu.

Ibu remaja berusia 19 tahun itu mendakwa bahawa dia telah menerima pesanan melalui WhatsApp daripada remaja tersebut.

Menurut Mohamad Farouk, susulan mendapat pesanan itu, laporan polis kemudiannya dibuat oleh bapa remaja terbabit.

“Pada hari yang sama kira-kira jam 10 malam. Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah membuat serbuan di rumah teman lelaki remaja itu di Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Polis telah menahan remaja perempuan itu dan merampas telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Hasil soal siasat polis, remaja itu akhirnya mengakui bahawa terlibat sama dalam kes penculikan tersebut.

Tambahnya, remaja itu mendedahkan bahawa kejadian penculikan tidak pernah terjadi dan cerita itu hanya direka olehnya sendiri.

“Berkaitan dengan wang yang diminta sebanyak RM100,000 kepada ahli keluarga juga adalah ditaip sendiri dan hantar sendiri oleh remaja terbabit.

“Punca adalah disebabkan kerana dia (suspek) sering dikongkong oleh ahli keluarga dan tidak mendapat kebebasan,” ujarnya.

Kata Mohamad Farouk lagi, remaja itu kini sedang direman selama tiga hari sehingga Ahad ini untuk siasatan. Remaja itu disiasat di bawah Seksyen 384/182 Kanun Keseksaan.

“Tegas dingatkan, mana-mana individu yang membuat laporan palsu akan diambil tindakan undang-undang yang sedia ada tanpa prejudis,” jelasnya.

Terdahulu, seorang wanita di Argentina telah ditangkap selepas didapati mengurung teman lelakinya sebagai tahanan selama tiga hari kerana tidak mahu dicurangi, lapor Oddity Central.

Polis berjaya menemui mangsa seorang lelaki berusia 29 tahun di rumah suspek di bandar La Plata di Argentina, Sabtu lalu.

Mangsa mendakwa bahawa dia telah dikurung di rumah tersebut selama lebih 72 jam selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang dikenali selama enam bulan.

Menurut mangsa, selepas menyahpasang aplikasi WhatsApp di telefon mangsa, suspek kemudian menghempas telefon mangsa ke lantai untuk menghalangnya daripada berkomunikasi dengan wanita lain.

Sumber: Sinar Harian

The post Remaja Reka Cerita Diculik, Minta Wang Tebusan RM100,000 Dari Keluarga Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*