Remaja tular tayang beg tangan terima undangan pengasas jenama

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan yang sebelum ini dimalukan di media sosial kerana membuat kandungan media sosial teruja memiliki sebuah beg yang dianggap ‘biasa-biasa’ menerima undangan makan malam di ibu pejabat jenama beg berkenaan.

Lebih istimewa undangan itu dibuat oleh pengasas jenama berkenaan.

Terdahulu, sebelum ini tular seorang remaja kelahiran Singapura, Zoe, yang menjadi tular akibat dikritik kerana menyifatkan beg tangan jenama Charles & Keith yang dihadiahkan oleh ayahnya sebagai barangan mewah.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya menerusi kata-kata semangat kalian kerana perkataan anda sungguh bermakna. Saya sangat menghargainya,” kata Zoe menerusi satu hantaran.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna mahu gadis remaja itu menjadi duta bagi jenama terkemuka berkenaan.

“Dia sesuai menjadi duta untuk jenama anda. Penampilan dan personalitinya juga sesuai,” komen seorang pengguna, Choong Zheng Kai Sam.

“Seorang anak gadis yang tahu menghargai usaha ayahnya merupakan seorang anak yang bersyukur,” puji Zaidah Mardani pula.

Hantaran tersebut meraih 39,900 tanda suka dan 1,000,000 jumlah tontonan setakat ini.

Sebelum itu Zoe dibuli di media sosial selepas membuat kandungan media sosial teruja memiliki beg berkenaan tetapi menerima komen dan maklum balas tidak menyenangkan oleh orang ramai yang menganggap beg itu bukan mewah tetapi hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja tular tayang beg tangan terima undangan pengasas jenama appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*