Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa. Tak Guna Serbuk Segera Pun.

Sedapnya dadih homemade ni. Resipi ringkas dan cara membuatnya pun sangat senang. Satu adunan resipi ni cukup untuk sajian anda sekeluarga. Tapi jika mahu menyediakan dadih ini sebagai doorgift atau manisan sempena kenduri kendara, hanya gandakan sahaja. Menurut Opah Mas Cotek, Satu aduan ini akan dapat dalam 40-45 bekas dadih bersaiz 4oz. Jika mahu hasilkan dalam 300 bekas, guna 10 adunan. Jadi, senang nak anggar jumlah yang boleh dihasilkan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT DADIH HOMEMADE PELBAGAI PERISA

BAHAN-BAHAN:

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1550 ml air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 200gm susu pekat manis
  • 1 tin susu cair

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Perasa jagung
  • Pes pandan/pewarna hijau
  • Perasa yum emulco
  • Perasa rose/bandung

CARA MEMASAK:

1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar. Masukkan gula dan masak semua bahan hingga larut.

2. Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau sebati. Setelah mendidih, terus tutup api.

3. Bahagikan adunan dadih kepada 2-3 bahagian. Masukkan perasa jagung, pandan, yum, rose atau apa-apa perisa yang disukai dan kacau sebati.

4. Tuang adunan ke dalam bekas-bekas dadih. Sejukkan.

TIP DARI OPAH MAS COTEK:

  1. Untuk dapatkan permukaan dadih yang licin, selepas masukkan susu cair dan susu pekat, perlahankan api dan biarkan adunan mendidih. Jangan guna api besar dan tidak perlu didih hingga membuak-buak.
  2. Tuang adunan dengan perlahan supaya tidak terbentuk bubble/buih di permukaan dadih.

BACA: Cara Buat Roti John Sedap & Mudah Secara Homemade.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*