Resipi Pulut Kukus Celup Telur Goreng. Sedap! Lain Dari Yang Lain.

Pulut biasanya dijadikan pulut kuning ataupun dimakan bersama aneka kuah manis. Jika mahukan sedikit kelainan, anda boleh sajikan Lemang Goreng Celup Telur atau juga dipanggil Pulut Kukus Goreng buat ahli keluarga. Sedap! Boleh cuba resipi perkongsian saudari NorShawatie Mohamed ni.

PULUT KUKUS GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras pulut | direndam 8 jam
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecik garam
  • 3 biji telur
  • 1 cawan air panas

CARA MEMASAK:

  1. Satukan santan, gula dan garam dalam bekas. Campurkan juga air panas ke dalam santan. Kacau hingga sebati.
  2. Toskan beras pulut dan kukus separuh masak. Angkat dan gaulkan dengan bancuhan santan tadi.
  3. Kukus kembali pulut tadi hingga betul-betul masak. Angkat dan sejukkan anggaran 20 minit.
  4. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan ratakan hingga padat.
  5. Potong kecil pulut tadi dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
  6. Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.
  7. Angkat dan boleh dinikmati bersama gulai, sambal atau dimakan begitu sahaja.

BACA: Resipi Sedap & Mudah Kuih Koci Labu Leleh, Memang Menjadi!

Kredit resipi & foto: NorShawatie Mohamed

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*