Selebriti
Respon Azhar Sulaiman Bila Anak Dikecam Terlalu Seksi – ‘You Ada Anak?’

Sebelumnya, anak pelakon Azhar Sulaiman menimbulkan kontroversi gara-gara berkongsi perbelanjaan bulanannya di Tiktok. Love Iris Leona, bagaimanapun, meminta maaf dan mengakui bahawa tindakannya tidak sensitif terhadap situasi semasa.
Baru-baru ini, Leona sekali lagi menarik perhatian setelah memuat naik sekeping gambar di Twitter. Netizen mendapati gaya ini terlalu seksi dan terdedah di bahagian dada.
Selain Leona, ibu bapanya juga terkena tempias ketika mereka dihentam tidak tahu bagaimana untuk menegur anak mereka.
my new hair pic.twitter.com/iAJlFTuYGk
— leona (@kasihirisleona) March 6, 2021
Di Facebook, Azhar Sulaiman dilihat memberi respon kepada teguran yang dibuat netizen. Dengan ringkas dia bertanya, ‘you ada anak?’.
Tambahnya lagi, kekuatan iman seseorang tidak dapat dinilai melalui pakaian saja. Dia berpendapat setiap daripada kita mempunyai bahagian dan ujian kita masing-masing.
SUMBER : Azhar Sulaiman