Restoran Tawar ‘Menyu Rahmah’, Ubati Luka Peminat MU

menyu rahmah peminat MU

Restoran Tawar ‘Menyu Rahmah’, Ubati Luka Peminat MU

Sebuah restoran roti canai di Singapura menawarkan promosi menu khas untuk peminat Manchester United, lapor The Straits Times.

Susulan kekalahan 7-0 kelab itu kepada Liverpool, Srisun Express menawarkan tujuh keping roti canai percuma kepada mana-mana peminat MU. Syaratnya, mereka yang hadir perlu mengenakan jersi kelab berkenaan.

Promosi tersebut adalah untuk menaikkan semula moral Penyokong MU

Lebih mengejutkan, pemilik Srisun Express itu sendiri merupakan penyokong Red Devils.

“Kami tahu banyak peminat kecewa atas kekalahan tersebut, maka kami ingin mengembalikan senyuman mereka semula,” kata pengarah Srisun Express, Jayanthi Sundar.

Tambahnya, ini adalah kali pertama restorannya memperkenalkan promosi tersebut dan sah hanya pada hari Isnin (semalam) sahaja. Difahamkan, promosi itu bagaimanapun tidak sah bagi mereka yang memesan untuk membungkus.

Promosi itu juga ditawarkan di semua cawangan Srisun Express iaitu di Serangoon Gardens, Ang Mo Kio Avenue 10, Tampines Street 43 and Bukit Batok West.

Memetik The Straits Times, ‘penduduk gua’ mula berpusu-pusu ke restoran berkenaan pada 3.30 petang, bagi mengubati perasaan kecewa masing-masing.

Penyokong Liverpool, Velan Raj (28) merupakan antara pelanggan yang datang secara berkumpulan ke restoran berkenaan. Enam daripada rakannya merupakan penyokong United.

“7-0 merupakan kekalahan yang besar, namun (pemilik Srisun) mengambil langkah positif untuk menaikkan semula semangat penyokong United… Sebagai penyokong Liverpool, saya amat mengaguminya,” katanya.

Ujarnya, terdapat 25 orang lagi yang menunggu juadah promosi berkenaan ketika dia meninggalkan premis tersebut pada 9.30 malam.

‘Menyu Rahmah’ dapat sambutan hangat dari peminat MU yang tawar hati

Tepat jam 11 malam, Srisun Express berkata pihaknya mengagihkan 6,000 roti canai kepada pelanggannya di empat cawangannya.

Selain Srisun Express, beberapa restoran turut memujuk hati peminat United yang diselubungi kekecewaan. Restoran burger, Hambaobao di jalan Besar telah menawarkan minuman gas percuma kepada peminat United pada Isnin lepas.

Sebelum ini, dua buah restoran roti canai turut pernah menawarkan promosi yang sama. Tawaran itu khusus kepada peminat Barcelona selepas kelab itu dibenam Liverpool 4-0 dalam saingan UCL 2019.

BACA: Ini Lima Rekod Kekalahan Terburuk Manchester United Dalam EPL

Sumber: The Straits Times

The post Restoran Tawar ‘Menyu Rahmah’, Ubati Luka Peminat MU appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*