“Rider’ hilang Isnin lalu sudah kembali ke rumah

PETALING JAYA – Setelah hilang selama empat hari tanpa sebarang berita, akhirnya penghantar makanan yang dikenali sebagai Muhammad Faisal dilaporkan sudah pulang ke rumahnya pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi Kosmo! tengah hari tadi.

“Saya telah dimaklumkan oleh isteri Muhammad Faisal sendiri bahawa suaminya telah pulang ke rumah pagi tadi.

“Setakat ini, hanya itu sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan kepada semua,” ujarnya ketika ditanya Kosmo!

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter @dannyslov3r turut berkongsi maklumat mengenai perkara itu.

“Dia (Faisal) dah balik pukul 11 pagi tadi. Terima kasih.

“Saya tiada Twitter, tolong maklumkan kepada semua,” tulis individu terbabit.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita buntu apabila suaminya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu (9 Januari) tanpa sebarang berita.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Nur Malrah menerusi Facebook memberitahu bahawa laporan polis juga telah dibuat bagi mengesan keberadaannya.

Dalam hantaran sama, dia memberitahu keadaan bertambah sukar kerana suaminya tidak dapat dihubungi ekoran telefon bimbitnya yang tidak aktif. -KOSMO! ONLINE

The post “Rider’ hilang Isnin lalu sudah kembali ke rumah appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*