“Kita Dah Tiada Harta Mak…” Rintih Anak Selepas Tengok Kereta Ibu Terbakar

kereta ibu terbakar

“Kita Dah Tiada Harta Mak…” Rintih Anak Selepas Tengok Kereta Ibu Terbakar

Kedengaran sayu rintihan dan tangisan anak kecil selepas melihat kereta ibunya terbakar di ladang sawit.

Siapa sangka, hari yang indah diakhiri dengan tragedi apabila satu percikan meletus ketika enjin dihidupkan menyebabkan kereta sebuah keluarga dimakan api, di Perak baru-baru ini.

Dalam perkongsian Wan Suriawati di TikTok, dia memulakan harinya dengan membawa anak-anak dan ibunya pergi ke lombong yang terletak di ladang sawit.

Walaupun cara Wan Suriawati menggembirakan anak berlainan dengan yang lain, tetapi keriangan yang terpancar di muka menunjukkan ‘bahagia boleh dicipta dengan cara sendiri’.

“Memandangkan cuti sekolah, akak pun tak mampu bawa mereka ke mana-mana untuk berjalan.

“Mereka pun suka dengan kolam renang (lombong) yang Allah ciptakan ini. Akak bawa ke mari, itu pun anak-anak dah ucap ‘Alhamdulillah, terima kasih’ berkali-kali,” katanya.

Kira-kira 3.30 petang, mereka mahu pulang ke rumah kerana hujan mula membasahi Bumi namun kegembiraan itu tidak pernah kekal lama.

Satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, membuatkan mereka sekeluarga tangisi peristiwa pahit yang berlaku.

Wan Suriawati berkata kejadian berlaku sangat pantas membuatkan dia terpaksa mengheret ibunya keluar dari kereta semasa api mula marak.

Barang hangus, tak sempat diselamatkan

Barang-barang yang berada di dalam kereta seperti tongkat kayu (milik ibunya), kereta sorong, tikar, duit belanja rumah, telefon bimbit, beg sekolah dan lain-lain hangus dalam kebakaran itu.

“Tidak ada satu pun yang tinggal melainkan badan kereta, serpihan kaca dan air mata,” jelas Wan Suriawati.

Jelasnya, pada ketika ini mereka anak-beranak sedang berteduh di rumah ayahnya yang masih dalam proses faraid.

Arwah ayahnya meninggalkan sebuah kenderaan yang hampir mencecah tujuh bulan tidak dibayar dan kenderaan itu juga perlu difaraidkan kerana itu adalah harta miliknya.

 

Dia redha dengan ketentuan Ilahi dan berkata takdir sudah tertulis. Kejadian itu membuatkan Wan Suriawati bertemu dengan insan-insan yang sangat prihatin.

Raungan dan tangisan yang dirakam dalan video itu menarik perhatian ramai dan tular di media sosial.

“Mak kereta kita mak…” tangis anaknya meratapi kesedihan ketika melihat kereta terbakar.

Warganet turut bersimpati kereta ibu terbakar

Kredit: Tiktok

Rata-rata ramai yang terkesan dengan ayat yang dikeluarkan oleh anak Wan Suriawati kerana tidak boleh dibayangkan sekiranya berlaku pada diri sendiri.

Kredit: Tiktok

Ada juga yang meminta untuk membuka tabung derma supaya dapat meringankan beban Wan Suriawati.

Semoga keluarga Wan Suriawati tabah dengan ujian yang diberikan.

Bagi yang ingin melihat video penuh, boleh di tonton di bawah ini.

@kakwatikeladi

♬ bunyi asal – user123477 – wan suriawati

Sumber: Wan Suriawati via Facebook, Tiktok

BACA: Percutian Keluarga Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam

The post “Kita Dah Tiada Harta Mak…” Rintih Anak Selepas Tengok Kereta Ibu Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*