RM 330 Juta Setahun, Ronaldo Jadi Pemain Bola Terima Gaji Paling Tinggi Dalam Sejarah

Ronaldo jadi pemain paling mahal selepas sah “sign” kontrak dengan Al-Nassr

Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menyertai kelab bola sepak Arab Saudi, Al-Nassr selepas kontroversi beliau bersama kelab lamanya Manchester United.

Pengumuman itu dibuat oleh kelab bola sepak berkenaan pada hari Jumaat yang lalu.

Berdasarkan laporan ESPN, Ronaldo telah menandatangani kontrak sehingga musim panas 2025 bersama kelab tersebut dan beliau akan menerima kontrak bernilai USD 75 juta  (lebih RM330 juta) setahun. Angka tersebut kini menjadikannya pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah sukan bola sepak.

“Saya teruja untuk merasai pengalaman liga bola sepak baharu di negara yang berbeza.

“Apa yang dilakukan dan dibangunkan oleh Al Nassr di Arab Saudi sama ada dari segi bola sepak lelaki dan wanita sangat memberi inspirasi. Kita dapat lihat berdasarkan prestasi Arab Saudi di Piala Dunia baru-baru ini bahawa ini adalah sebuah negara yang mempunyai cita-cita yang besar dalam bola sepak dan berpotensi.

“Saya bertuah kerana saya telah mencapai segala-galanya yang saya impikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman saya di Asia. Saya tidak sabar-sabar untuk menyertai rakan sepasukan baru saya dan bersama-sama mereka membantu Kelab untuk mencapai kejayaan,” kata Ronaldo.

Kontrak Ronaldo bersama MU ditamatkan atas persetujuan bersama pada bulan lalu selepas kontroversi dalam sebuah temu bual televisyen bersama Piers Morgan.

Sumber memberitahu ESPN bahawa pemain berusia 37 tahun itu telah berlatih bersendirian di padang latihan Real Madrid di Valdebebas awal bulan ini ketika dia bersedia untuk membuat keputusan mengenai masa depan karier bola sepaknya.

Kelab Al-Nassr yang berpangkalan di Riyadh telah bermain dalam Liga Pro Saudi dan muncul kelab kedua paling banyak memenangi kejuaran liga domestik.

Sumber: ESPN

The post RM 330 Juta Setahun, Ronaldo Jadi Pemain Bola Terima Gaji Paling Tinggi Dalam Sejarah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*