RM2 juta bantu perniagaan ahli koperasi terjejas banjir

PASIR PUTEH – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperuntukkan dana RM2 juta khusus untuk membantu ahli koperasi di seluruh negara bagi memulihkan semula perniagaan mereka selepas terjejas akibat banjir hujung tahun lalu.

Timbalan Menterinya, K. Saraswathy berkata, bancian terperinci sedang disiapkan sebelum agihan secara ‘one off’ diberikan kepada pemilik premis koperasi yang mengalami kerugian sekali gus merencatkan proses perniagaan selepas banjir.

Menurutnya, bancian akan dilaksana secara menyeluruh melibatkan 15,000 premis perniagaan koperasi dan 7 juta ahli yang berdaftar.

“Ia merupakan dana khas yang disediakan menerusi Tabung Khas Bencana yang meringankan bebanan ahli koperasi untuk memulih semula perniagaan mereka. Bantuan bantuan bakul makanan kepada ahli juga akan disalurkan kepada mereka yang terlibat.

“Bantuan tersebut bukan gantian kerugian yang menyeluruh, namun ia merupakan sumbangan khusus yang mampu meringankan beban usahawan ahli koperasi untuk bangkit semula menjalankan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemberian Bakul Makanan Kepada Mangsa Banjir di Kampung Dalam Rhu di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, menurut Saraswathy, Program Pemberian Bakul Makanan Kepada Mangsa Banjir dijalankan secara jelajah ke rumah 600 mangsa banjir di Pasir Puteh dan Kuala Besut, Terengganu dengan peruntukan RM155,000.

Sementara itu, mangsa banjir Nor Aimah Awang, 63, berkata dia masih trauma dengan banjir kali pertama yang dialami sepanjang hidupnya memandangkan kawasan yang berhampiran dengan Pantai Semerak tidak pernah dilanda bah sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

The post RM2 juta bantu perniagaan ahli koperasi terjejas banjir appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*