Roket SpaceX Falcon 9 NASA Dilancarkan Ke Angkasa Awal Pagi Tadi

spacex falcon ke angkasa

Roket SpaceX Falcon 9 NASA Dilancarkan Ke Angkasa Awal Pagi Tadi

FLORIDA — Roket SpaceX Falcon 9 dilaporkan berlepas ke angkasa lepas dari Kompleks Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Florida hari ini.

Memetik AFP,  roket berkenaan membawa dua angkasawan NASA dari Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam misi SpaceX Dragon Crew-6. Ia dilancarkan pada jam 12.34 pagi waktu tempatan dalam satu siaran langsung.

roket nasa angkasa
Gambar: Channa Khanna / AFP

Pentadbir NASA, Bill Nelson dalam satu kenyataan turut memberikan ucapan terhadap pelancaran roket berkenaan.

“Tahniah kepada pasukan NASA dan SpaceX dalam satu lagi misi yang mencipta sejarah ke stesen Angkasa Antarabangsa (ISS),” maklumnya.

Kedua-dua angkasawan yang berada dalam kapsul Endeavour itu dijangka berlabuh di ISS pada jam 1.17 pagi waktu tempatan (Jumaat).

Difahamkan, NASA menanggung kos bayaran pengangkutan angkasawan tersebut ke ISS selama enam bulan.

BACA JUGA: NASA Lancar Roket Gergasi Malam Ini, Hantar Kapsul Ke Bulan Untuk Misi ‘Masa Depan’

Dua angkawasan yang terlibat adalah Andrey Fedyaev (Rusia) dan Sultan al-Neyadi dari UAE. Mereka akan berasa di stesen angkasa itu selama enam bulan.

Untuk pengetahuan, Neyadi yang berusia 41 tahun merupakan angkasawan keempat dari negara Arab dan kedua dari UAE. Manakala Fedyaev juga akan membuat penerbangan pertama ke cakerawala itu.

roket nasa angkasa
Gambar: Jim Watson / AFP

Agensi angkasa itu turut menjangkakan Crew-6 akan mengadakan mesyuarat dalam beberapa hari bersama empat anggota Crew-5 yang berada di ISS sejak Oktober lalu.

Selain Crew-5 yang berada di ISS, Sergei Prokopyev dari Dmitry Petelin dan Frank Rubio dari NASA juga masih berada di stesen itu.

Mereka dijadualkan kembali ke Bumi pada 28 Mac selepas sistem penyejukan kapsul Soyuz MS-22 dilaporkan rosak pada bulan Disember lalu akibat meteoroid kecil.

Kapsul Endeavor

Untuk makluman, Kapsul Endeavor telah melakukan penerbangan ke angkasa sebanyak tiga kali sebelum ini. Kesemua perjalanan membawa enam kru pergi dan balik ke ISS dengan roket SpaceX.

Kesemua angkasawan itu dilaporkan menjalankan puluhan eksperimen termasuk mengkaji bahan terbakar dalam mikrograviti, kajian (tentang) jantung, otak dan tulang rawan.

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) telah mula dibina sejak tahun 1998  dengan kerjasama Amerika Syarikat-Rusia selepas Perang Dingin. Kapsul Soyuz antara paling lama yang digunkan Rusia sejak membawa angkawasan sejak 1960-an.

Walau bagaimanapun, misi angkasa lepas Rusia sering dibelenggu pelbagai masalah seperti kawalan satelit dan mesin kenderaan sejak kebelakangan ini.

Sumber: AFP via Yahoo 

The post Roket SpaceX Falcon 9 NASA Dilancarkan Ke Angkasa Awal Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*