Roket Starship SpaceX Meletup Semasa Pelancaran

roket starship spacex meletup

Roket Starship SpaceX Meletup Semasa Pelancaran

Sebuah roket SpaceX, Starship yang direka khas untuk misi ke Bulan dan Marikh dilapor meletup selepas melakukan sesi pelancaran dalam ujian penerbangan pada Khamis, lapor NBC News.

Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa pekerja yang sedang berkumpul membuat sorakan melihat roket tersebut berlepas.

Semasa kejadian, roket itu menyala dan meletup ke langit selama kira-kira empat minit dan pemisahan tambahan yang diletakkan ke atas roket juga dilihat gagal berfungsi. 

Dalam pada itu, beberapa daripada 33 enjin penggalak turut kelihatan tidak menyala menyebabkan roket itu jatuh ke bawah sebelum meletup semasa majlis pelancaran itu.

Punca letupan dan kegagalan roket itu berfungsi tidak diketahui serta-merta, walaupun ia dianggap sebagai satu kejayaan buat syarikat tersebut.

Menerusi ciapan SpaceX di Twitter, ia memaklumkan syarikatnya mengalami sesuatu yang tidak berjadual berlaku sebelum pemisahan berperingkat.

“Pasukan akan terus menyemak data dan berusaha keras untuk ujian penerbangan yang seterusnya,” tulis ciapan itu.

BACA: Jepun Gagal Lancar Roket Kali Kedua, Terpaksa Dimusnahkan

Roket Starship direka untuk muatan besar

Roket itu yang dikatakan paling berkuasa pernah dicipta, telah ditetapkan untuk memainkan peranan penting dalam program Artemis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) yang merancang untuk membawa manusia ke Bulan pada 2025.

Penerbangan ujian pada Khamis telah melancarkan kapal angkasa Starship SpaceX tanpa manusia di dalamnya untuk penerbangan satu jam setengah yang dirancang.

Starship telah dibina untuk dijadikan roket kitar semula yang mampu membawa muatan kargo besar-besaran ke angkasa lepas.

Syarikat itu telah menekankan bahawa ujian tersebut adalah permulaan awal yang akan dilakukan terhadap kapal angkasa berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk mengucapkan tahniah atas pelancaran tersebut kepada pasukannya.

“Tahniah pasukan @SpaceX atas pelancaran ujian Starship yang menarik!

“Banyak yang perlu dipelajari untuk pelancaran ujian yang seterusnya dalam beberapa bulan,” katanya.

Penerbangan ujian adalah langkah terbesar bagi usaha SpaceX untuk mencipta kapal angkasa yang boleh diguna semula.

Ia juga dicipta untuk menjana penerokaan angkasa lepas yang melangkaui batas semasa.

Sementara roket dan kapal angkasanya direka semula, syarikat tersebut turut merancang supaya roket itu jatuh ke lautan.

Sumber: Nbcnews

The post Roket Starship SpaceX Meletup Semasa Pelancaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*