Ronaldo Dapat Hadiah Rolls Royce Daripada Pasangannya Sempena Krismas

 

Ronaldo dapat hadiah Rolls Royce daripada pasangannya sempena Krismas

Pemain bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dihadiahkan sebuah kereta mewah Rolls Royce yang baharu oleh pasangannya Georgina Rodriguez bersempena dengan Hari Krismas baru-baru ini.

Menurut laporan Daily Star, bekas bintang Manchester United itu dikejutkan dengan pemberian hadiah tersebut pada pagi Krismas yang lalu.

Kereta tersebut turut dilihat dihiasi dengan reben merah sebelum Georgina menyerahkannya kepada Ronaldo yang juga pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Pada mulanya, Georgina membawa penyerang sensasi berusia 37 tahun itu keluar ke taman yang menempatkan lokasi kereta mewah tersebut berada sebelum mendedahkan hadiah berkenaan di hadapan anak-anak mereka.

Ronaldo berharap kegembiraan pada perayaan Krismas tahun ini dapat dibawa ke Tahun Baharu 2023 nanti apabila dia akan mencari kelab baharu untuk ditandatangani.

Sebelum ini, pemain tersebut dikaitkan dengan banyak berita berkenaan perpindahannya ke pasukan Al Nassr di Arab Saudi.

Khabar angin berkenaan perpindahan itu akan menyaksikan kontrak sebanyak RM922 juta jadi taruhan bagi tempoh dua tahun Ronaldo di kelab Timur Tengah tersebut.

Namun, Ronaldo dipercayai lebih suka berpindah ke kelab gergasi Eropah yang lain daripada menerima tawaran tersebut.

Walau bagaimanapun, nampaknya banyak kelab tidak berminat untuk mengikat Ronaldo dengan kontrak terbarunya.

Malah kelab-kelab gergasi seperti Bayern Munich, Chelsea dan juga Eintracht Frankfurt juga dilaporkan tidak mempedulikan kesempatan itu.

Terdahulu, kontrak Ronaldo bersama MU ditamatkan oleh pengurus United, Eric ten Hag selepas temu bual kontroversi pemain sensasi itu bersama dengan Piers Morgan.

Sumber: Daily Star

BACA: Dua Pemenang Pingat Angkat Berat SUKMA Ke-20 Positif Doping

The post Ronaldo Dapat Hadiah Rolls Royce Daripada Pasangannya Sempena Krismas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*