Rumah jagaan warga emas minta maaf upah penari bogel hiburkan penghuni

Sebuah rumah jagaan warga tua di Taiwan mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi berhubung insiden menjemput penari bogel untuk membuat persembahan kepada pesakit warga emas, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Sebuah klip video yang merakam kejadian tersebut tular di media sosial dengan netizen mengecam tindakan rumah jagaan Taoyuan Veteran Homes sebagai tidak bermoral.

Beberapa penari bogel wanita dipercayai diupah untuk melayan 12 pesakit berkerusi roda selepas perayaan menuai ketika pertengahan musim luruh telah dibatalkan selama dua tahun berturut-turut kerana wabak Covid-19.

“Niat acara itu adalah untuk menghiburkan penghuni rumah jagaan dan menggembirakan mereka.

“Kami amat kesal kerana menimbulkan kontroversi dan perasaan kurang elok dalam kalangan penonton yang melihat rakaman video tersebut,” demikian menurut kenyataan itu. – Agensi

BACA: Kantoi tonton video 18SX, suami nekad bakar isteri & anak

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*