Sabah bakal rombak Kabinet negeri

KOTA KINABALU – Sabah mengumumkan bakal merombak Kabinet Negeri berikutan perkembangan semasa politik yang berlaku di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan mengenai rombakan berkenaan menerusi kenyataan ringkasnya petang ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan maklumat terperinci mengenai rombakan berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

“Maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, terdapat khabar angin sepanjang hari ini mengenai bakal berlaku rombakan Kabinet negeri berikutan spekulasi cubaan menggulingkan Ketua Menteri sekali gus menukar kerajaan baharu.

Rombakan Kabinet negeri dibuat dipercayai berikutan cubaan itu yang dikatakan dilakukan menerusi kerjasama Parti Warisan (Warisan) dan Barisan Nasional (BN) Sabah .

Malahan rombakan turut dipercayai dikaitkan dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) terhadap kepimpinan Ketua Menteri. – KOSMO! ONLINE.

The post Sabah bakal rombak Kabinet negeri appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*