Saintis Dilapor Kesan Isyarat Radio Dari Galaksi Sejauh 9 Bilion Tahun Cahaya 

Saintis Terima Isyarat Radio Dari Galaksi Terdekat

Saintis Dilapor Kesan Isyarat Radio Dari Galaksi Sejauh 9 Bilion Tahun Cahaya 

Isyarat Radio Dari Galaksi Sejauh 9 Bilion Tahun Cahaya Dari Bumi Berjaya Dikesan Saintis

Satu isyarat radio berjaya dikesan oleh saintis selepas dipercayai dihantar dari galaksi yang mempunyai jarak hampir sembilan bilion tahun cahaya dari bumi.

Memetik Daily Mail, menurut penyelidik dari Kanada dan India, mereka berjaya mengesan isyarat itu dari galaksi yang dikenali sebagai  SDSSJ0826+5630 menerusi bantuan teleskop gergasi di India.

Difahamkan, isyarat yang diterima itu membolehkan ahli astronomi memahami pembentukan awal alam semesta yang dipercayai berusia sekitar 13.7 bilion tahun dan dapat melihat semula ke masa lalu.

Gambar: National Centre for Radio Astrophysics

Ahli Kosmologi dan Pengarang bersama Kajian Pengesanan Gelombang, Arnab Chakraborty sewaktu memberitahu The Metro berkata isyarat tersebut membolehkan mereka melihat masa lalu.

“Ia bersamaan dengan melihat ke masa lalu dalam tempoh 8.8 bilion tahun,” katanya.

Tambahnya lagi, isyarat yang diterima itu tidak dihantar oleh makhluk asing namun datang dari galaksi pembentuk bintang yang dipancarkan ketika alam semesta berusia 4.9 bilion tahun.

BACA JUGA: Megah Di Persada Antarabangsa, Mungkin Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Duduki Tempat Ke-4 Piala Dunia Hoki

“Ia adalah isyarat radio pertama dari jarak yang begitu jauh. Setiap galaksi memancarkan pelbagai jenis isyarat radio.

“Sehingga kini, kita hanya mampu untuk mengesan isyarat khusus dari galaksi berdekatan dan ia memberikan pengetahuan yang terhad  dalam mengetahui galaksi di sekitar bumi,” jelasnya kepada The Metro.

Sementara itu, Persatuan Astronomi Diraja telah mengumumkan perkara tersebut dalam notis bulanan mereka.

Saintis Terima Isyarat Radio Dari Galaksi
Gambar: Swadha Pardesi

Menurut pihaknya, gelombang isyarat yang dikesan itu sangat penting kerana frekuensinya berada pada panjang gelombang (dikenali sebagai garisan 21 cm).

Garis tersebut juga dikenali sebagai garis hidrogen dan ia merupakan garis spektrum sinar elektromagnet dengan frekuensi 1420. Difahamkan, hidrogen yang tersebar di ruang angkasa dapat membantu dalam pemetaan galaksi dengan menggunakan garisan 21 cm.

Untuk makluman, teleskop gergasi di India mampu mengesan isyarat yang lemah akibat kanta graviti. Ia merupakan fenomena yang berlaku secara semula jadi.

Sehubungan itu, penyelidik telah menggunakan pengesanan untuk mengukur kandungan jisim atom galaksi dan mendapati bahawa galaksi tertentu mempunyai dua kali ganda jisim bintang yang kelihatan dari bumi.

Sumber: Daily Mail 

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Saintis Dilapor Kesan Isyarat Radio Dari Galaksi Sejauh 9 Bilion Tahun Cahaya  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*