Saintis Temui Mikroplastik Yang Digunakan Buat Bungkusan Makanan Dan Cat Dalam Urat Manusia

Mikroplastik dalam urat manusia

Saintis Temui Mikroplastik Yang Digunakan Buat Bungkusan Makanan Dan Cat Dalam Urat Manusia

Mikroplastik yang digunakan dalam bungkusan makanan dan cat ditemui dalam urat manusia, lapor The Independent.

Bagaimanapun, satu kajian baru mendapati bahawa mikroplastik boleh memasuki ke dalam saluran darah ke tisu vaskular, tetapi saintis masih belum mengenal pasti implikasinya terhadap kesihatan manusia.

Satu pasukan dari University of Hull dan Hull York Medical School bersama penyelidik dari Hull University Teaching Hospital NHS Trust, menganalisis tisu vena saphenous manusia yang diambil daripada pesakit yang menjalani pembedahan jantung dalam kajian perintis kecil.

Hasilnya, mereka menemui 15 zarah mikroplastik bagi setiap gram tisu urat dan lima jenis polimer yang berbeza dalam tisu.

Antaranya ialah resin alkyd yang terdapat dalam cat sintetik, varnis dan enamel, polivinil asetat (PVAC) iaitu pelekat yang terdapat dalam pembungkusan makanan dan nilon serta EVOH dan EVA yang digunakan dalam bahan pembungkusan yang fleksibel.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Profesor Jeanette Rotchell, ahli toksikologi alam sekitar di Universiti Hull berkata, “Kami terkejut apabila menemuinya. Kami sudah tahu mikroplastik berada dalam darah daripada kajian oleh rakan sekerja di Belanda tahun lepas.

“Tetapi tidak jelas sama ada mereka boleh memasuki saluran darah ke dalam tisu vaskular dan kajian ini mungkin boleh membuktikan perkara itu boleh terjadi.

“Walaupun kita masih belum mengetahui implikasinya terhadap kesihatan manusia, apa yang boleh kita katakan ialah daripada kajian menggunakan sel yang ditanam, ia menyebabkan keradangan dan tindak balas tekanan,” jelasnya.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Plos One menunjukkan tahap mikroplastik yang diperhatikan adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan untuk tisu kolon dan paru-paru.

Menurut laporan The Independent, vena saphenous adalah saluran darah pada kaki yang membantu menghantar darah dari tapak kaki ke jantung.

Vena terdiri daripada tiga lapisan tisu dan digunakan secara meluas dalam prosedur graf pintasan arteri koronari (CABG).

Kira-kira 40 hingga 50 peratus prosedur CABG dikatakan gagal selepas 10 tahun yang disebabkan oleh pelbagai faktor yang tidak begitu jelas.

Sehingga kini, tiada kajian yang mengkaji sama ada mikroplastik boleh melintasi mana-mana halangan biologi, termasuk saluran darah atau meneliti sebarang hubungan yang berpotensi antara pendedahan mikroplastik alam sekitar dan hasil dari CABG.

“Eksperimen terhadap pencirian jenis dan tahap mikroplastik ini untuk menentukan kesan kesihatan vaskular, termasuk sebarang perhubungan yang berpotensi antara pendedahan mikroplastik alam sekitar dan hasil CABG,” kata Profesor Rotchell.

Dalam pada itu, Profesor Mahmoud Loubani mengatakan kegagalan cantuman vena saphenous telah menjadi isu lama berikutan pembedahan pintasan arteri koronari, ia adalah rawatan yang berkesan tetapi jangka umur dihadkan oleh kemerosotan patensi urat.

“Kehadiran mikroplastik dalam urat mungkin memainkan peranan dalam merosakkan bahagian dalam vena yang menyebabkan ia menjadi tersumbat. Kami perlu mengenal pasti sama ada terdapat sebarang kaitan dan mencari cara untuk membuang mikroplastik itu,” katanya.

Sumber: The Independent

The post Saintis Temui Mikroplastik Yang Digunakan Buat Bungkusan Makanan Dan Cat Dalam Urat Manusia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*