Salt Bae Dilapor Dilarang Sertai Festival Muzik Los Angeles 

Salt Bae Pegang Trofi Piala Dunia

Salt Bae Dilapor Dilarang Sertai Festival Muzik Los Angeles 

Chef selebriti terkenal Salt Bae telah diharamkan ke Festival Muzik Los Angeles selepas gelagatnya sewaktu perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Qatar menjadi topik hangat antarabangsa, lapor NDTV.

Sebelum ini Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce telah dikritik hebat selepas dia dilihat memasuki padang pada perlawanan akhir Argentina menentang Perancis. Tindakannya yang seterusnya mencari Lionel Messi untuk bergambar telah menimbulkan kemarahan kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.

Selain itu, dia juga dikritik hebat kerana telah memegang trofi Piala Dunia yang dimenangi oleh pasukan Argentina pada perlawanan malam tersebut.

Dalam satu ciapan yang dimuat naik oleh Rolling Loud, mereka menulis bahawa pihaknya tidak akan membenarkan Salt Bae menghadiri ke acara festival muzik berkenaan.

“Kami juga telah melarang Salt Bae daripada menghadiri Rolling Loud LA 2023 pada Mac depan,” tulis ciapan tersebut.

Rolling Loud ialah sebuah festival muzik hip-hop antarabangsa yang diadakan di beberapa tempat pada sebelum ini. Menurut Complex, festival yang ditubuhkan pada 2015 itu adalah “salah satu festival rap terbesar di dunia”.

Nama Salt Bae cukup popular selepas menjalankan rangkaian restoran stik popular yang dipanggil sebagai Nusr-Et. Rangkaian restorannya sering kali menjadi kunjungan daripada golongan VIP di serata dunia.

Setakat ini, sebanyak 22 restoran di seluruh AS, UK, Greece dan Dubai. Selebriti seperti David Beckham, Usher dan Kylian Mbappe antara barisan VIP yang pernah mengunjungi rangkaian restoran milik Salt Bae tersebut.

Sumber: NDTV

The post Salt Bae Dilapor Dilarang Sertai Festival Muzik Los Angeles  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*