Sami Jatuh Cinta Dengan Cucu Sendiri Nekad Tamatkan Riwayat, Kecewa Cinta Tak Terbalas

Cinta Dengan Cucu Sendiri

Sami Jatuh Cinta Dengan Cucu Sendiri Nekad Tamatkan Riwayat, Kecewa Cinta Tak Terbalas

Seorang sami yang menyerang cucu perempuannya berusia 17 tahun dengan tukul ditemui tergantung di dalam hutan, lapor The Thaiger.

Pegawai penyiasat melaporkan bahawa mayat sami itu dijumpai pada Ahad lalu. Pegawai penyiasat juga berkata, sami berkenaan dipercayai telah menggantungkan dirinya kira-kira seminggu lalu.

Sabtu lalu, pegawai dari Balai Polis Phibun Mangsahan telah dipanggil ke sebuah kuil di bandar Ubon Ratchathani, wilayah Isaan di mana seorang gadis ditemui dalam keadaan cedera.

Gadis berusia 17 tahun itu ditemui dengan kecederaan parah di penginapan sami tersebut oleh neneknya di Kuil Baan Na Gae di daerah Phiboon Mang Sa Harn pada petang 8 Januari yang lalu. Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Menurut pegawai penyiasat, sami berusia 56 tahun itu disyaki cuba membunuh dan waran tangkap turut dikeluarkan. Kejadian bunuh diri itu dipercayai bahawa suspek mungkin tertekan dengan kes yang terkait dan akhirnya bertindak membunuh diri agar dapat melarikan diri daripada polis.

Kamera keselamatan di kuil berjaya merakam suspek cuba melarikan diri menggunakan motosikal mangsa sejurus melakukan serangan tersebut.

Polis juga telah menemukan sepucuk surat di tempat kejadian dan dipercayai suspek menyukai mangsa dan cemburu dengan hubungannya bersama kawan-kawan lelakinya.

“Saya bayar segala-galanya untuk awak, yuran pengajian, yuran pergigian, aksesori, apa sahaja yang awak mahu. Saya tidak mempunyai peluang untuk menyentuh awak. Awak abaikan semua yang saya buat untuk awak,” tulis surat yang ditinggalkan sami berkenaan.

Polis telah menerima panggilan bahawa penduduk kampung tempatan telah menemui mayat di dalam hutan tidak jauh dari padang bola di Sekolah Ban Nakae daerah Phibun Mangsahan.

Sebaik sahaja mereka tiba di lokasi, mayat ditemui dalam keadaan tergantung dengan tali di lehernya diikat pada sebatang pokok di tengah-tengah hutan. Penyiasat menganggarkan bahawa sami tersebut telah mati tujuh hari yang lalu.

Sumber: The Thaiger

The post Sami Jatuh Cinta Dengan Cucu Sendiri Nekad Tamatkan Riwayat, Kecewa Cinta Tak Terbalas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*