“Satu Liang Lahad Lapan Orang…” Lelaki Ini Terangkan Tanah Perkuburan Islam Di Singapura

kubur islam di singapura

Pernah terfikir tak, bagaimana tempat pengebumian orang Islam sekiranya di negara lain? Apabila bercakap mengenainya, secara automatik kita akan berfikir mengenai keluasan, kelebaran dan bentuk batu nisan yang digunakan.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki menerangkan serta menunjukkan keadaan tanah perkuburan Islam di negara jiran iaitu di Singapura.

Dalam perkongsian video itu, pengguna tiktok @lu0m4n_h4k1m, memaparkan tempat yang sering ditanya oleh orang ramai kepadanya dan dalam masa yang sama memberi sedikit pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Seperti yang ditetapkan, Singapura merupakan negara maju dan mempunyai keluasan 710.2 kilometer persegi. Setiap inci tanah telah disukat kerana keluasannya yang terhad. Oleh itu, Singapura sering mengamalkan konsep pembangunan tanah perkuburan yang efisyen.

Difahamkan, bagi pusara lama yang sudah berusia puluhan tahun, tulang-belulang mayat berkenaan akan dikorek semula dan dipindahkan ke pusara baharu bagi memberi ruang kepada pusara lama itu digunakan untuk mayat-mayat baharu.

Lelaki itu juga memaklumkan terdapat liang lahad yang berkongsi rangka mayat di dalam satu liang lahad sekiranya mayat tersebut adalah ahli keluarga.

Namun, berbeza pula bagi yang tidak mempunyai waris. Mereka akan ditempatkan dalam satu kubur bersama 16 belas mayat (tulang/rangka) yang lain dan disemadikan dalam satu liang lahad.

Ujar lelaki terbabit, sekiranya sudah lebih daripada 10 tahun, kubur tersebut akan dipindahkan ke dalam satu liang lahad. Untuk yang reput pula, mereka akan letakkan dan kumpul dalam satu liang lahad.

Berbeza pula di Malaysia, pusara lama tidak akan diganti dengan pusara baru dan ditukarkan ke kawasan lain namun sekiranya terdapat sebarang kekurangan ruang untuk menyempurnakan persemadian jenazah maka kubur bertingkat akan menjadi alternatif.

@lu0m4n_h4k1m

#fypシ semoga bemanfaat

♬ Ya Allah – Wali

Sumber: @lu0m4n_h4k1m via Tiktok

The post “Satu Liang Lahad Lapan Orang…” Lelaki Ini Terangkan Tanah Perkuburan Islam Di Singapura appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*