“Satu Malaysia Kena Tipu!” – Tular Wanita Dakwa Diperkosa Waktu Servis Penapis Air, Rupanya Suka Sama Suka?

Baru-baru ini, kecoh dengan satu khabar berita apabila seorang wanita mendakwa dirinya dirogol sewaktu melakukan servis produk penapis air disebuah rumah dan kisah itu diberitahu dalam platform TikTok.

Susulan itu, difahamkan ‘si pelaku’ turut membuat laporan polis selepas mendapati isu ini tular, tetapi apa yang diceritakan oleh seorang lelaki di YouTube beberapa hari lalu mengenai kes ini sememangnya mengejutkan orang ramai.

Di dalam video yang dimuat naik, lelaki terbabit mendakwa semua kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa adalah tipu semata-mata.

Menurut YouTuber berkenaan, dia berasa pelik dengan wanita tersebut kerana boleh kekal ceria sambil bercerita kepada warganet seolah-olah tiada apa yang berlaku dan jika benar mangsa trauma dengan kejadian yang terjadi, sudah pasti mangsa tiada masa untuk bermain media sosial.

Tambahannya lagi, lelaki terbabit memaklumkan pihak polis sudah menyelesaikan siasatan kes ini dan mendapati ia bukanlah kes rogol tetapi rupanya suka sama suka.

Dalam pada itu, dia memberitahu tertuduh sudah pun dibebaskan oleh pihak polis setelah mengetahui kebenaran yang sebenar dan wanita itu telah memadam video-video yang mengatakan dirinya dirogol.

Akhir kata, YouTuber terbabit tidak memihak kepada sesiapa dan mengatakan apa yang berlaku merupakan salah masing-masing serta tidak faham dengan tindakan wanita terbabit menularkan video mendakwa dirinya dirogol kerana ia seolah-olah membuka aib sendiri, tidak lupa juga menutup periuk nasi sendiri.

BACA: Dakwa Boleh Mengetatkan, Wanita Suruh ‘Sumbat’ Serum Dalam Vagina Teruk Dikecam

SUMBER : YouTube

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*