Satu maut, dua parah kemalangan enam kenderaan

KLANG – Satu maut dan dua parah dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan termasuk lori tiga tan di Lebuh Raya Persekutuan susur keluar Bukit Raja pagi tadi.

Menurut hantaran Facebook Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang lelaki berusia 57 tahun dan bertaraf penduduk tetap.

Katanya, tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.47 pagi.

“Kemalangan tersebut melibatkan enam buah kenderaan yang telah berlanggar dari arah belakang secara berturut-turut.

“Akibat daripada perlanggaran tersebut, tiga mangsa tersepit dengan dua daripadanya parah telah dikeluarkan orang awam,” katanya.

Jelasnya, seorang lagi mangsa telah dikeluarkan anggota bomba namun telah meninggal dunia selepas disahkan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Satu maut, dua parah kemalangan enam kenderaan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*